Dari Uqbah bin 'Amr r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang berwudhu' dengan sempurna kemudian menuju ke masjid dan duduk menunggu untuk bersolat maka malaikat yang mencatit kebaikan akan datang mencatit dimana setiap langkah dia berjalan diganjari dengan sepuluh kebaikan. Orang yang duduk menunggu solat adalah seumpama orang yang beribadat. Semenjak dia keluar daripada rumahnya sehinggalah dia kembali adalah dikira sebagai orang yang sibuk bersolat. (Musnad Ahmad)
Post

jihad : Mati Syahid


Bagi seorang mukmin, jihad adalah kesempatan yang paling ditunggu-tunggu untuk menguji dan membuktikan kualiti imannya. Jihad dan pengorbanan yang paling besar ialah mati syahid dan ini adalah cita-cita yang tertinggi. Dalam sebuah hadith, Rasulullah ada menyebutkan bahawa jika ada seorang Muslim yang selama hidupnya tidak pernah terdetik perasaanya atau keinginan untuk berjihad dan mati syahid, sesungguhnya dia mati dalam keadaan yang munafik kerana orang munafik selalu berusaha untuk menghindarkan dirinya daripada kewajipan berjihad. Firman Allah yang maksudnya:

“Dan apabila diturunkan ayat ( yang memerintahkan kepada orang-orang munafik itu ) :

“ Berimanlah kamu kepada Allah dan berjihadlah beserta Rasul-Nyaa,” nescaya orang-orang yang sanggup di antara merkea meminta izin kepada kamu ( untuk tidak berjihad ) dan mereka berkata :


“ biarkanlah kami berada bersama orang-orang yang duduk”. Mereka rela berada bersama orang-orang yang tidak pergi berperang, dan hati mereka telah dikunci mati, maka mereka tidak mengetahui ( kebahagiaan beriman dan berjihad ).”  At-Taubah : 87