salam..
Entri kali ni, saya nak kongsikan mengenai perihal 'dunia' angkasawan Rusia yang terdapat di Muzium Angkasa Rusia. apa yang cuba saya ketengahkan disini, bukan teknologi baru ya cuma teknologi2 lama. mari kita tinjau gambar2 yang saya telah ambil ketika jalan2 blurrr saya.wuuu... entri bergambar terpanjang setakat ini yang saya berjaya capai. ada lebih kurang 70+ gambar kesemuanya. jika terdapat kesilapan berhubung dengan info entri ini, sila maklumkan kepada saya.terima kasih.
|
"Selamat Datang ke Muzium angkasa Rusia " |
|
ini merupakan satelit biologi ( satelit yang membawa hidupan didalamnya ) pertama di dunia yang telah menempatkan 'Laika'. seekor anjing,buat penerbangan pertamanya ke angkasa pada tahun 1957.saiz yang dipaparkan disini adalah saiz asal satelit ini |
|
anjing yang bernama 'Strelka', salah seekor anjing yang dilatih khas untuk misi ke angkasa selain Belka dan Laika |
|
ini merupakan unit ( sebahagian dari gabungan satelit "Sputnik" ) yang menempatkan Belka dan Strelka sehingga selamat sampai ke bumi pada tahun 1960 |
|
model kapal 'gigantic' kajian saintifik yang diberikan nama sebagai Yuri Gagarin.angkasawan Rusia. kapal ini merupakan sebahagian dari 'fasiliti' laut yang membantu menghubungkan antara Sputnik di ruang angkasa dan juga stesen di bumi. |
|
model penerima dan pemancar stesen satelit di bumi yang dikenali sebagai 'Orbita' ataupun 'Orbit' |
|
Yuri Gagarin pada tahun 1960.sewaktu misi terjunam udara beliau. |
|
Pavel Beliaev. salah seorang angkasawan Rusia selain Yuri Gagarin.ketika latihan menjalani sesi latihan fizikal yang sukar |
|
antara pingat 'jasa' yang dianugerahkan oleh keraajaan Rusia kepada para angkasawan mereka. |
|
plat log satelit “Vostok” atau “The East” – satelit pertama yang membawa manusia ke angakasa pada era kegemilangannya |
|
salah satu dari jenis pakaian angkasawan yang paling fleksibel ketika itu dan turut mempunyai salur pengudaraaan di bahagian badan. |
|
unit mendarat ke bumi yang merupakan sebagian dari Sputnik yang dikenali sebagai 'Vostok'. unit inilah yang membawa Yuri Gagarin untuk selamat sampai ke bumi |
|
satelit telekomunikasi milik Kesatuan Soviet yang pertama dihasilkan dan dilancarkan ke angkasa. dikenali sebagai 'Molnia' . ada ura2 mengatakan ianya turur dilengkapi dengan peralatan ketenteraan bertujuan untuk aktiviti peninjauan |
|
kapal ankasa kedua yang berjaya melepasi kelajuan di angkasa semasa era soviet.selepas kembali ke orbit bumi, selepas ditarik oleh medan graviti bumi, ia juga turut dikenali sebagai satelit buatan pertama yang mengelilingi matahari. dikenali sebagai "Moon-1" |
|
Luna-9.sebahagian dari unit yang dipebaharui dari jenis yang sama dengan Moon-1 |
|
sebagian dari catatan buku log yang menyatakan kiraan jarak dari Marikh ke Bumi |
|
pandangan sisi depan Luna-9 |
|
stesen satelit automatik moden pertama yang dilancarkan oleh manusia ke planet Marikh.dikenali sebagai "Mars-1" |
|
sebahagian dari peluru berpandu stratospheric rekaan negara Rusia yang dipamerkan untuk tatapan umum |
|
antara risalah yang pernah digunakan untuk merekrut lebih ramai pegawai muda untuk berkhidmat kepada negara mereka |
|
antara peralatan komunikasi angkasa lepas yang dipasangkan dalam kapal angkasa soviet |
|
antara kejayaan yang berjaya dicapai oleh Korolev.turut kelihatan, Tesla turbine sebagai asas reaktor kuasa |
|
Korolev, saintis dan pereka dari Rusia.merupakan orang pertama yang mengetuai operasi misi ke angaksa |
|
sebahagian dari roket2 yang pernah digunakan untuk misi ke angkasa oleh pihak soviet dan Rusia.dan yang paling kiri, adalah soyuz TM-2 ynag telah pun dilancarkan pada tahun 2003 yang lepas |
|
model menunjukkan bagaimana rupa sebahagian daripada model soyuz yang telah bergabung.iaitu soyuz- 4 dan soyuz-5 |
|
model enjin fasa pertama yang digunakan untuk melancarkan satelit.ianya digunakan pada unit pelancar "Cosmos". CCCP yang tertera pada bahagian enjin ini merupakan tanda 'trademark' soviet dahulu kala |
|
antara pakaian ankasawan rekaan saintis soviet.ini merupakan pakaian asal yang masih dijaga rapi..digunkan ketika misi bernama "Hawk" .beratnya kira2 20kg sahaja walaupun ian turut dilengkapi dengan peralatan penyambung nyawa ( unit yang kelihatan seperti beg ) |
|
pakaian ankasawan selain dari Hawk.yang ini dikenali sebagai "Hawk-k".versi yang diperbaharui dari Hawk. lebih ringan dari versi asal.beratnya kira2 10 kg sahaja termasuk dengan unit pengudaraan luaran |
|
unit gabungan soyuz secara dekat.unit yang menempatkan angkasawan didalamnya. rupa luarannya.ini merupakan skala asal unit ini. |
|
shuttle pertama hasil rekaan Rusia. |
|
rupa bahagian dalaman 're-entry module' soyuz yang terdahulu.ini merupakan bahagian atas yang menempatkan ruang untuk angkasawan untuk berehat, makan dan sebagainya.yakni aktiviti diluar jadual kerja. |
|
bahagian bawah 're-entry module' soyuz kepada model seperti gambar diatas. di bahagian inilah angkasawan akan melakukan kerja2 seperti yang telah diarahkan unutk mendapatkan data2, statistik dan sebagainya ketika berada di angkasa. |
|
stesen salyut-6.merupakan sebahagian dari gabungan penuh antara soyuz-4 dan soyuz-5.unit yang selebihnya dalam proses pembangunan. |
|
kerusi yang dipasang dalam soyuz. seperti yang sedia kita maklum.untuk mengelakkan dari angkasawan terapung2. |
|
antara paparan dari tayangan video yang menunjukkan bagaimana ankasawan melakukan kerja2 diruang angkasa. |
|
paparan yang menunjukkan antara gabungan penuh "fasiliti MKC" yang masih dalam peringkat pengujian secara keseluruhannya untuk diperbaharui kelak. tidak termasuk sekali fasiliti kajian tenaga Terra dalam mudul2 ini. |
|
"training stand".antara peralatan yang digunakan ketika sesi latihan untuk para bakal angkasawan. ditempatkan dalam pesawat latihan graviti |
|
kapal terbang khas yang digunakan untuk melatih para bakal angkasawan,untuk latihan keadaan "tiada graviti". dikenali sebagai IL76. |
|
paparan menunjukkan bagaimana mereka melatih bakal angkasawan mereka dalam keadaan ketiadaan graviti. fasa pertama, kapal terbang akan terbang menegak secara beransur2 sehingga mencecah jarak 9.5 km dan kemudian 'berhenti' seketika bagi membolehkan bakal angkasawan merasai 'ketiadaan' graviti secara mengejut selama 30 saat d, kemudian terbang menjunam juga seperti cara menegak.secara beransur sehingga mencecah jarak 9.5km. kemudian proses latihan ini kana berulang sehinngga kadang2 sebanyak 10 kali bagi setiap sesi latihan. |
|
antara plat pas kemasukan dahulu kala ke modul angkasa bagi para angkasawan |
|
3 gambar diatas merupakan sebahagian dari kajian para saintis untuk mengkaji proses fotosintesis dan yang berkaitan dengannya yang mana jika suatu hari nanti tumbuh-tumbuhan akan 'dibiakkan' dia ruang angkasa. tetapi lebih tertumpu kepada kajian untuk menghasilkan bunga sepanjang operasi melengkapkan kerja2 mengorbit bumi sepangjang berada di angkasa.sebahagian daripada misi ke angkasa pada era soviet adalah, untuk mengenalpasti spesis tumbuhan yang mampu 'hidup' di ruang vakum yang sebenar.kelihatan 'gila' jika fikir mengikut logik akal.hm.. saiz peralatan ini adalah saiz asal ia ketika direka, dihasilkan dan dilancarkan bersama2 unit pengorbitan. |
|
salahs satu jenis stesen kajian angkasa. |
|
'Orland-D'. antara baju angksawan yang paling berat ketika era soviet. beratnya kira2 75 kg. fungsiny adalah untuk digunakan oleh para angkasawan bagi misi yang berkaitan dengan operasi diluar modul angkasa mereka. |
|
antara rekaan 'luar' yang tiada kena mengena dengan 'mereka' |
|
selain gambar diatas dan ini, ini adalah sebahagian daripada rekaan negara2 luar untuk angaksa. |
|
shuttle 'konvensional' untuk ke angkasa setakat ini. kos yang paling murah walaupun agak ketinggalan 'zaman'. agak kurang efektif bagi misi ke angaksa jenis jarak jauh ( yakni melepasi misi ke bulan ) |
|
sebagian dari rupa model roket 'proton' bagi misi ke angkasa. pernah digunakn untuk misi2 komersial selain dari misi2 yang digunakan bagi pihak tentera. |
|
'roket terbang' untuk para angaksawan ketika berada di luar modul mereka. turut dilengkapi thruster atau 'reaction control system' bagi memudahkan angkasawan bergerak |
|
model menunjukkan seorang angkasawan melakukan kerja2 'data mining' . bukan merujuk pada term untuk bidang IT ya. |
|
stesen satelit "Mir" kolaborasi antara Rusia dan juga US. ada cerita yang tidak pasti kesahihannya, mengatakan ia bakal menggunapakai teknologi yang pernah digunakan oleh Nikola Tesla bagi tujuan ketenteraan. satu unit modul yang bakal dilancarkan selepas tahun 2011. berkaitan dengan tragedi Tunguska... |
|
antara model terawal soyuz. |
|
paparan secara dekat modul 'thruster' padanya |
|
rupa bahagian dalaman pada model soyuz yang terkini. walaupun bukanlah baru dalam industri kejuruteraan angkasa |
|
paparan sisi pada panel suria |
|
dapur angkasawan :D |
|
rekaan bilik tidur dalam model soyuz. |
|
makanan diet 'segera' untuk para angkasawan. |
|
ruang 'pejabat' bagi para angkasawan dalam modul. |
|
antara makanan berbentuk tiub untuk angkasawan. makanan yang paling umum. ada pelbagai perisa/khasiat mengikut menu diet yang perlu dipatuhi oleh para angkasawan bagi menjaga kualiti kesihatan mereka. |
|
modul mini yang berfungsi untuk menyalurkan air yang diproses melalui teknik peng-ionan kepada angkasawan ketika manjalankan misi di luar modul angkasa.teknologi terdahulu. bagi setiap EMU ( extravehicular mobility unit ), perbezaannya nampak ketara kerana rekaan yang terbaru didatangkan khas bersama suit para angkasawan. |
|
sut para angkasawan ketika misi mendarat ke bumi berjaya. (ketika diatas permukaan air ) |
|
apakah ini? yaa..ini merupakan modul mendarat soyuz yang asal tanpa diubah apa2 pada permukaannya. |
|
antara pelancar roket paling berat yang dihasilkan soviet. rekaan selepas model soyuz TMA-2 |
|
stesen angkasa milik soviet. "Mars-3" |
|
"Krechet". sebahagian dari sut angkasawan yang telah saya paparkan sebelum ini. fungsi yang lebih kurang sama.cuma perbezaan bahan yang digunakan sahaja bagi menghasilkannya. tak tahu apa benda punya bahan.tidak diberitahu.misteriii |
|
model stesen "Luna-16" yang dilancarkan pada tahun 1970 oleh pihak soviet jika tidak silap. stesen tanpa manusia didalam. turut dikenali sebagia "Lunnik 16 ".berfunsi untuk mengumpul data menggunakan peralatan2 asas seperti pengesan tahap suhu, pengutip sampel tanah dan sebagainya. |
|
* |
|
mesin mengurut badan( bahagian bawah badan ) untuk para angkasawan yang berada di orbit bumi melebihi dari sebulan. salah satu rekaan lama.juga dihasilkan oleh soviet. |
|
tayangan video mengenai dunia angkasawan.duduk sehari suntuk pun tak boleh nak khatam semua. |
|
paparan menu pengawalan pada stesen yang sama ( copy-paste dari sistem ) seperti yang terdapat pada "Russian space control communicating centre ". dengan merujuk pada menu ini, kita dapat melihat dan mendapatkan maklumat lengkapa mengenai ISS ( Internatioanl Space Station ) seperti lokasi, dan apa yang berlaku di dalamnya. termasuklah berkomunikasi dengan para angkasawan.
ok.setakat ini saja gamabr yang saya nak kongsikan. banyak sanagt gambarnya.ada lebih kurang 400+ snap =_=" |
6 comments
salam..entri ini sangat panjang.sila komen untuk memperbaiki mutu entri2 panjang yang bakal saya paparkan kelak.syukran ;)
wahhhh mmg panjangg tapi saya suke..sngt kagum dgn teknologi diorg..wlpon ini dikatakan teknologi lama tapi cmpare dgn ngara lain lagi2 ngara kita..hmmm tak dpt dibandingkan...ni bila awk pegi?
haha~ kan dah cakap.panjang kan. dulu ada entri berkenaan teknologi yang hilang milik russia. saya post.sekali blog kena godam. habis gambar2 tu kena padam. tak lama pastu, laptop rosak. short lepas kabel kat luar rumah kena sambar dek petir. dengan gambar2 tu tak boleh nak recover hdd dalam laptop.haih..
haa..teknologi lama..
negara kita..lagi aa ketinggalan jauh.huu.. ni pergi tahu lepas. hujung2 tahun. kenapa? ada terserempak dengan saya ke? haa.. kat blog ni, atas sekali tu gambar saya, kalau nampak, tegur2 la.huhu~ saya ni jenis jalan tak tengok orang kalau merayau2 kat sana. sebab dulu asalanya tegur..tapi kena rompak pula..by group pula tu.ingatkan Islam..aaa..sabau je la..
huuu xdela saja tnye..yg rompk awk tu myb gipsy group kut...dorg mmg suka carik psl..kitorg kalau lalu especially kat red line mmg beringat la..sbb dorg ni even tahu dorg slh means terkantoi cuba nak curik pon,dorg akan pkol kita balik..jahat betol!
oo.. :p
yup..mungkin.tapi memang gypsy bergerak dalam kumpulan ke? sebab tu kali pertama kena rompak. siyes.rasa bengang tak terduga sikit.sabar je laa..eh? kes pukul.ada bcaa kat paper masa tu.siap ada tulis kat notic board.eh.siapa yang kena pukul tu? saya pun heran kat orang rusia ni.diorang macma benci betul orang luar. mana2 pun.dalam gmabe pun ada.huhu..lebih kurang macam orang iran.benci orang arab.walupun mereka memang arab.
oo.. :p
yup..mungkin.tapi memang gypsy bergerak dalam kumpulan ke? sebab tu kali pertama kena rompak. siyes.rasa bengang tak terduga sikit.sabar je laa..eh? kes pukul.ada bcaa kat paper masa tu.siap ada tulis kat notic board.eh.siapa yang kena pukul tu? saya pun heran kat orang rusia ni.diorang macma benci betul orang luar. mana2 pun.dalam gmabe pun ada.huhu..lebih kurang macam orang iran.benci orang arab.walupun mereka memang arab.