Post

Istiqamah vs Karamah

wrrrrrrrrr~


seorang ulama telah mengajar di sebuah madrasah hampir  40 tahun dengan tekun. dia tidak pernah "ponteng" walaupun sekali melainkan apabila ada uzur syarie. Namun, ketekunan ulama tua itu tidak dihargai oleh sebahagian besar anak muda yang menuntut ilmu dengannya.  

"sepanjang kita belajar dengannya, sedikit pun tidak terserlah keluarbiasaannya," 

kata salah seorang muridnya.  

"berbanding dengan guru2 lain di tempat kita, guru kita ini tidak punya apa-apa keistimewaan. semua yang ada padanya biasa-biasa sahaja," 

tambah yang lain.  

"betul.aku dengar, guru dikampung sebelah, pernah mengeluarkan cahaya dari celah-celah jarinya. malang betul nasib kita..." 

akhirnya sungutan-sungutan itu kedengaran samapi jua ke telinga ulama itu. lalau beliau bertekad untuk pengajaran yang berguna kepada anak-anak muridnya. ketika mengajar pada suatu hari, beliau dengan sengaja telah melepaskan kapur ketika menulis diatas papan hitam. namun anehnya kapur itu tidak jatuh...sebaliknya terus bergerak dan menulis perkataan yang hendak ditulis oleh ulama tua itu. melihat kejadian aneh itu, semua ank muridnya berdiri dan melopong kekaguman, tidak sangka bahawa guru yang mereka anggap lekeh ini selama ini turut memiliki karamah melihat kekaguman anak-anak muridnya, guru yang tua itu menepuk papan hitam dengan kuat lantas berkata,
 
"Aku sangat hairan melihat sikap kamu semua. melihat kapur ini menulis hanya beberapa ketika telah membuatkan kamu semua kagum. bagaimana dengan aku yang telah menulis selama 40 tahun di papan hitam ini?"

pengajaran :

Istiqamah itu hakikatnya lebih hebat daripada karamah. Allah sangat cintakan amalan Istiqamah sekalipun sedikit. orang yang Istiqamah lebih terjamin imannya daripada orang yang memperoleh karamah. sejarah mencatatkan betapa ramai orang yang pernah diberikan karamah, tersesat kerana iman yang tidak Istiqamah.wallahu'alam..

4 comments

Mon Dec 13, 02:49:00 pm GMT+8

salam~ nice sharing~ membuatkan kita berfikir lebih jauh~ syukran..

Mon Dec 13, 02:56:00 pm GMT+8

wrrrr..kata nazatul kepada arif sambil menjuih bibir ala mr. bean

0.o

Sun Jan 23, 12:24:00 pm GMT+8

@.::: Princess MOMOY :::.

betul..moga kita masih punya masa untuk memperbetulkan diri kita..
ameen..

Post a Comment