Wallahua'lam
blog dalam proses baik pulih pada template/widget..
Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW ketika meriwayatkan satu hadis Qudsi telah bersabda: Wahai anak Adam!, Jika engkau terus bersabar (bilamana hilangnya sesuatu dari dirimu) dan engkau terus harapkan pahala, maka aku tidak rela membalasimu dengan balasan yang lebih rendah dari syurga. (HR Ibnu Majah)
Allah answers our prayers in 3 ways: He says YES! and gives us what we wanted. He says NO! and gives us something better. He says WAIT! and gives us the best at His own time.
uruskan masa mu..sesungguhnya..
Masa merupakan sumber harta yang sangat berharga. Ia juga harta milik manusia yang paling bernilai. Kehilangan harta benda boleh dicari ganti, tidak pada masa yang tidak boleh dicari ganti. Masa adalah umur mu..masa yang berlalu bermakna umur untuk hidup semakin berkurangan.. Masa adalah di antara perkara penting yang di rakamkan di dalam kitab suci al-Quranul Karim dalam banyak tempat. Allah S.W.T berfirman :
Maksunya :
Demi masa, sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh dan saling berwasiat dengan kebenaran dan saling berwasiat dengan kesabaran.
(surah al-Asr: 1-3)
Allah S.W.T berfirman :
Maksudnya :
Demi malam apabila menutupi siang. Dan demi siang apabila terang benderang.
(surah al-Lail:1-2)
Allah S.W.T berfirman :
Maksudnya :
Demi fajar. Demi malam yang sepuluh dan yang gelap dan yang ganjil. Dan malam bila berlalu.
(surah al-Fajr: 1-3)
masa terbahagi kepada tiga (3) iaitu, masa yang berlalu, masa kini, dan masa hadapan. Masa yang telah berlalu menjadi sejarah untuk dijadikan renungan dan dinilai tentang penggunaanya. Masa kini adalah pengalaman dan cabaran yang perlu direntasi dengan penuh kewaspadaan dan masa hadapan adalah suatu harapan dan impian yang mungkin dapat dilalui dan mungkin tidak. Semua ruang masa adalah sama tiada cacat celanya. Terpulang kepada manusia yang menggunakannya kepada perkara berfaedah atau sebaliknya.
Rasulullah s.a.w ada bersabda bahawa Allah S.W.T ada memberikan keistimewaan kepada masa-masa tertentu, hari tertentu dan bulan tertentu seperti Masa sahur di bulan Ramadhan (al-Quran diturunkan-Nya ), suatu pertiga lepas tengah malam ( jam 12 hingga 4 pagi ). Hari Jumaat,.. hari Arafah dan yang antara satu hingga sepuluh Zulhijjah; bulan Rejab, Zulkaedah, dan Muharram.
Terpulang kepada manusia sama ada ingin atau tidak merebutnya. Masa seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya, dia akan memotong kamu. Orang yang membuang masa dengan sia-sia, mrnganiaya dirinya sendiri, kerana masa adalah usia, membuang masa bererti membuang usia. Sebahagian besar amal ibadat dikaitkan dengan masa. Sembahyang Fardhu dan sunat, ditentukan waktu-waktunya. Zakat selain cukup nisab, perlu cukup tempoh masa (haul) setahun. Begitu juga Haji.tetapi Umrah, boleh dikerjakan pada bila-bila masa. Semakin kita menghampiri kepada hari kiamat, kita sendiri telah pun melihat bahawa manusia lebih menjaga harta benda, pangkat dan sebagainya berbanding menjaga masa hidupnya. Wallahu’alam.
Peribahasa Arab yang bermaksud :
Masa diibaratkan seperti pedang yang terhunus, jika kamu tidak menggunakannya,maka dia akan memotong kamu.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
Rebutlah lima masa sebelum datang lima masa :
- Masa Hidupmu Sebelum Matimu.
- Masa Sihatmu Sebelum Sakitmu.
- Masa Lapangmu Sebelum Sibukmu
- Masa Mudamu Sebelum Tuamu.
- Masa Kayamu sebelum Miskinmu.
(Riwayat al- Bukhari )
Labels
Tazkirah
Firman Allah SWT
Sarkasis
Motivasi
Ayat dan Surah dalam Al-Quran
Hadith Nabi
Travelog Jihad Terakhir
Motivation
Sarkasis Islamik
Allah SWT Says In The al-Quran
Madah Islam
Review Teknologi
Puisi
Tutorial Blogspot
Akuarium
Baitulmuslim
Hukum
Kata Sahabat Nabi
Kesihatan
Puisi Islamik
Tatatertib Di Masjid
Aquarist
Aquascape
Law Of Today
Tutorial Aquascape
Feqah
KeAgungan Asmaul Husna
Kesalahan Dalam Solat
Perubatan Cara Islam
Petua
Sayings From Prophet Muhammad SAW
Sayings of Prophet Muhammad SAW
Sugar Glider
Tasawuf
kerjaya kimpalan
planted tank