Wallahua'lam
blog dalam proses baik pulih pada template/widget..
Dari Abdullah Ibn Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang diberi kebaikan oleh Allah SWT ke atas seorang hambaNya maka akan diberi faham dalam agama dan mengilhamkan didalam hatinya perkara-perkara yang benar. (HR Bazzar, Tabrani)
Allah answers our prayers in 3 ways: He says YES! and gives us what we wanted. He says NO! and gives us something better. He says WAIT! and gives us the best at His own time.
Tak Boleh Tidur? Melatonin Boleh Mengubatinya
Masalah sukar tidur sering diajukan kepada saya. Saya bukan seorang doktor. . hadoi..Berapa jam waktu tidur yang mencukupi? Mengikut kajian, waktu tidur sekitar lima jam hingga enam jam adalah ideal. Orang yang mengamalkan waktu tidur sebegini akan hidup lebih lama dan mempunyai kesihatan tubuh yang baik berbanding mereka yang tidur banyak terutama pada siang hari.
Adalah tidak benar manusia memerlukan tidur 10 jam sehari. Jika waktu tidur terlalu panjang, sudah tentu kita terpaksa menghabiskan sebahagian besar daripada hayat kita untuk tidur sahaja.malah, Aktiviti mungkin melebihi aktiviti beribadat kepada-Nya. Mereka yang tidur terlalu banyak mungkin mempunyai masalah untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Meskipun mereka tidur dalam tempoh masa yang panjang, namun badan tidak memperoleh rehat secukupnya disebabkan oleh kualiti tidur yang kurang baik. Tidur yang berkualiti mesti dipandang berat kerana ia membolehkan tubuh badan kita terpelihara. Semasa tidur, tubuh mengumpul tenaga. Sel-sel tubuh juga mula mengalami proses pemulihan. Pelbgai zat dan bahan protein akandi dirembes oleh tubuh badan kita pada waktu malam. Di antaranya, hormon yang memelihara tubuh. Begitu juga dengan enzim yang bertindak membaiki sel- sel. Bila tidur terganggu, Ia membuatkan tubuh tidak dapat dipulihkan atau direhatkan secukupnya. Terutama sel-sel otak. Proses kitaran ini dinamakan circadian rhythm yang bertindak umpama jam biologi dan bekerja secara berperingkat mengikut waktu yang ditetapkan. Setiap bahan kimia dalam tubuh kita dirembes oleh kelenjar dalam badan mengikut circadian rhythm.
Pernahkah hangpa mendengar perkataan melatonin? Ni yang nak habaq ni.melatonin adalah bahan kimia semulajadi yang terhasil dalam otak kita. Apabila waktu malam, paras melatonin mula meningkat. Ini membuatkan kita mengantuk dan mamapu tidur nyenyak. Pada waktu siang pula, paras melatonin merosot menyebabkan kita hilang mengantuk. Kitaran melatonin penting bagi membolehkan tubuh badan kita dapat mengimbangi antara aktiviti tidur dan jaga kerana melatonin merupakan bahan yang membolehkan kita lena. Kadar melatonin yang rendah pada waktu malam, menyebabkan seseorang itu sukar ridur ataupun sekurang-kurangnya mengambil masa yang panjang untuk tidur. Keadaan in menyebabkan seseorang itu resah dan gelisah. Kadar melatonin yang tinggi dalam darah menimbulkan rasa tenang dan mudah lena.
Apabila kita keluar negara yang berbeza waktu, misalnya ke Eropah, paras melatonin akan cepat berubah sehingga kita akhirnya boleh mengubah dengan cepat tabiat tidur kita mengikut waktu walaupun berlainan zon waktu. SubhanAllah..
Tidur boleh dibahagikan kepada 2 fasa iaitu, REM sleep ( rapid eye movement ) dan NREM ( Non rapid eye movement ). Semasa fasa REM, anak mata bergerak dengan laju kebawah. Ini adalah tidur yang nyenyak dan biasanya aktiviti otak sangat aktif sehinga membawa mimpi-mimpi yang..wallahu’alam..Fasa NREM pula, adalah tidur yang mendatar dan seseorang mudah terjaga. Cuba kamu lihat seorang anak kecil atau bayi, tidur. Dalam fasa REM dia mungkin bangun dan menangis namun tidur semula dengan nyenyak apabila didodoikan seolah-olah tiada mimpi buruk yang mengganggunya. Apabila tidurnya memasuki fasa NREM, dia akan menangis jika didodoikan sekali pun. Dalam keadaan itu adalah lebih baik bayi tesebut dibangunkan sahaja kerana dia sudah puas tidur.
Tekanan perasaan yang kuat dan juga stress mampu mengganggu paras melatonin dalam darah dan mengganggu tidur memuatkan seseorang menjadi insomnia. Pengambilan ubat seperti valium idak boleh diamalkan kerana boleh menyebabkan ketagihan. Disebabkan faktor itulah, doktor lebih berminat memberikan kaunseling agar pesakit dapat mengurangkan pengambilan ubat-ubatan. Masalah tidur kerap melanda masyarakat Islam dewasa ini. Gangguan paras melatonin yang serius menyebabkan keletihan dan tubuh menjadi lesu kerana proses baik pulih tubuh, terganggu. Menariknya, melatonin boleh ditambah melalui suplemen harian.
Pengidap insomnia mengalami masalah ketidakseimbangan melatonin yang ketara. Golongan ini juga mengalami masalah metabolik seperti kencing manis dan gout. Terdapat juga pengidap insomnia yang mengalami masalah mental seperti schizophrenia dan manic disorder. Keadaan ini berlaku disebabkan ketidakseimbangan transmitter dalam otak dan juga hormon. Selain hormon seperti melatonin, otak kita boleh juga bertindak dengan kehadiran dopamine yang memberi isyarat kepada otak. Ketiadaanya uga menyebabkan kita letih dan lesu. Penyakit seperti parkinson bersangkut paut dengn transmitter sebegini.
Cara yang baik untuk menangani masalah insomnia adalah dengan meningkatkan kandungan melatonin dalam badan. Terdapat makanan seperti soya dan buah-buahan yang kaya dengan melatonin. Melatonin boleh dibeli dalam bentuk pil dan juga krim untuk mendapatkan tidur dan tubuh yang sihat.
Paras melatonin dapat ditingkatkan dengan aktiviti senaman, bersukan dan mendengar muzik yang indah seperti nasyid. Bagi sesetngah orang, paras melatonin yang meningkat dengan membaca atau berkhayal yang indah-indah( yang ini minta dijauhkan.. jika melibatkan sesuatu yang bertentangan dengan agama Islam) . sebab itu timbul teknik-teknik mengira, membayangkan sesuatu yang indah untuk memulakan proses tidur. Para pengamal hypnosis iaitu teknik penguasaan minda turut menyarankan teknik khayalan yang mampu meningkatkan paras melatonin dalam darah kita dan merangsang tidur yang berkualiti.
Satu cara yang baik untuk merangsang tidur, adalah menukar cadar baru ( seperti yang adik bongsu saya lakukan setiap hari? ) selain memastikan bilik tidur cantik dan kemas serta bersih. Pastikan tiada hama diatas tilam yang menggigit pada waktu malam ( saya hnya menepuk-nepuk permukaan cadar kemudian mengipas2 ‘habuk’ kearah lain.hadoi.. ) yang membuatkan kulit terasa gatal-gatal. Elakkan minum kopi atau sebarang minuman yang mengandungi banyak kafein serta pastikan perut tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang. Seseorang yang tidurnya berkualiti akan mendapat kesihatan yang baik. Jiwanya akan terasa bahgia dan kecerdasan fizikal serta mindanya akan bertambah.wallahu’alam..
Seorang pensyarah yang mencuba krim melatonin memberitahu :
“sejak menggunakan krim melatonin dan mempraktikkan tidur yang berkualiti, saya dapati tahap kecergsan saya meningkat. Semasa berdiskusi dengan teman sejawat yang jauh lebih muda, mereka memuji ketepatan dan kepantasan saya menyelesaikan masalah dan membuat analisis. Tahap matemaik saya juga meningkat. “
Semakin usia kita meningkat, paras melatonin dalam darah akan merosot kerana kelenjar pineal yang menghasilkan melatonin, mengecut. Jika membiarkan perkara ini berlaku, maka kualiti tidur akan terjejas dan hormon lain di dalam badan akan merosot.dengan kata lain, badan hangpa lagi bertambah tidak sihat. Adalah dicadaangkan rawatan menggunakan krim dan juga kapsul melatonin bagi membaiki masalah ini. Krim dan kapsul melatonin membantu pemulihan kalenjar pineal.insya’Allah.. ia membuatkan anda tidur nyenyaki dan nyaman seperti bayio. Hasilnya, anda akan mejadi lebih ‘muda’, otak cergas dan riang semula.
Labels
Tazkirah
Firman Allah SWT
Sarkasis
Motivasi
Ayat dan Surah dalam Al-Quran
Hadith Nabi
Travelog Jihad Terakhir
Motivation
Sarkasis Islamik
Allah SWT Says In The al-Quran
Madah Islam
Review Teknologi
Puisi
Tutorial Blogspot
Akuarium
Baitulmuslim
Hukum
Kata Sahabat Nabi
Kesihatan
Puisi Islamik
Tatatertib Di Masjid
Aquarist
Aquascape
Law Of Today
Tutorial Aquascape
Feqah
KeAgungan Asmaul Husna
Kesalahan Dalam Solat
Perubatan Cara Islam
Petua
Sayings From Prophet Muhammad SAW
Sayings of Prophet Muhammad SAW
Sugar Glider
Tasawuf
kerjaya kimpalan
planted tank
5 comments
salam...alamak, da terlalu banyak tidur siang!
enna tido siang ke, malam ke tetap tak boleh tido
bila betul2 pennat baru boleh tido..huaaa
sekarang..tido xcukup..huhuhu..
sbb study..hehehe
> Nurul :
ada kapsul melatonin.bagus jika dimakan dengan kuaci :)
> Enna :
insomnia hyperactive ni rasanya. cuba rujuk kat klinik pakar.
>sunah :
haa..baru tau yang kamu (kuat?) tido siang :D
erk! mana ada! asyik kat lab jek~ mana sempat tido siang da~~ haha~