Post

risiko biarkan tubuh kekeringan air


 TANDA-TANDA DEHIDRASI :


  • Muka menjadi merah
  • Tekanan darah rendah
  • Terasa dahaga
  • Pengsan
  • Kulit menjadi kering dan panas ( kulit muka, dsb )
  • Pengecutan otot yang teruk dibahagian kaki, lengan, perut, dan belakang badan.
  • Tidak dapat membuang air kecil atau jumlah air kencing berkurangan dan berwarna kuning pekat
  • Sawan ( kegagalan otak untuk berfungsi seketika pada saat itu )
  • Pening, lemah, sakit kepala
  • Mata cengkung dan kering
  • Mulut dan lidah kering dengan air liur yang pekat
  • Kulit hilang keanjalannya dan kelihatan berkedut
  • Kekejangan di kaki dan lengan
  • Pernafasan menjadi cepat dan dalam( seperti serangan penyakit asma/lelah )
  • Sedikit atau tiada air mata ketika menangis.

Tubuh badan manusia memerlukan air untuk mengekalkan darah dan cecair-cecair lain secukupnya bagi membolehkan semuanya berfungsi dengan sempurna. Di samping cecair badan, tubuh juga memerlukan bahan elektrolit, yang terdiri daripada garam yang lazimnya terdapat di dalam darah, cecair tubuh yang lain dan sel-sel. Dehidrasi merupakan kehilangan air dan garam daripada badan. Dalam bahasa melayunya, dikenali sebagai kekontangan. Badan kita boleh kehilangan cecair melalui pelbagai cara. Antaranya :

  • Ketika membuang air kecil
  • Semasa muntah atau cirit birit
  • Ketika berpeluh
  • Melalui paru-paru semasa bernafas


Jika badan kehilangna sejumlah besar cecair dan garam tidak digantikan degna segera seperti meminum air, badan akan’ kekeringan’.  Walaupun sesiapa sahaja boleh mengalami dehidrasi, golongan yang paling mudah mengalami masalah ini adalah :


  • Bayi yang berumur  di bawah 1 tahun
  • Warga tua
  • Mereka yang mengalami demam
  • Penduduk yang tinggal di kawasan beriklim panas
Apabila disebut saja mengenai dehidrasi, kita juga akan membayangkan  manusia di tengah padang pasir yang sedang kehausan atau atlet yang baru selesai menghabiskan acara sukan berat. Benda yang paling berharga ketika itu adalah air yang dianggap penyambung nyawa. Nanum, dehidarasi bukan setakat itu, bukan sekadar rasa dahaga yang kemudiannya boleh dihilangkan dengan meminum air. Sebaliknya dehidrasi boleh mengakibatkan pelbagai kesan sampingan lantaran air merupakan elemen paling penting dalam tubuh manusia. Justeru, kehilangan air dalam badan yang banyak, mengancam nyawa seseorang. Dalam keadaan itu, kita sebenarnya mengalami dehidrasi kronik. Mungkin tidak ramai yang tahu tentang dehidrasi kronik dan bagaimana untuk mengetahui jika seseorang itu mengalami keadaan tersebut.



Kebanyakkan dari kita percaya badan kita hanya memerlukan air apabila kita berasa dahaga. Sebenarnya, tidak begitu. Jujur saya katakana, apabila mulut berasa kering dan kita berasa dahaga, tubuh kita sebenarnya telah kekeringan air. Yakni, fungsi2 asas dalam badan dapat dipenuhi, tetapi tidak pada  fungsi2 ‘bantuan’ seperti ‘pelincir’ pada sendi2 tulang pada setiap anggota badan. Mungkin sesuatu yang mengejutkan jika diberitahu, mulut yang kering adalah petunjuk keadaan dehidrasi teruk. Ketika itu, kamu berada pada paras dehidrasi kronik. Badan kita dilengkapi dengan sistem pintar. Sebelum sampai ke tahap mulut berasa kering, badan akan menunjukkan tanda-tanda bahawa ia akan memulakan proses mengagihkan semula air yang berada di dalam badan. Apabila tubuh berada dalam keadaan dehidrasi kronik, maka kamu akan berasa letih, hilang tenaga, sukar membuang air besar ( kerana air merupakan ‘pelincir’ ketika prose itu berlaku ), kesukaran penghadaman ( air liur,dsb ), tekanan darah rendah atau tinggi, ulser perut, kesukaran pernafasan ( darah ), ketidakseimbangan alkali / asid, lebihan berat badan atau obesiti ( air membantu membawa pecahan2 lemak di bawah kulit ) ekzema, kolesterol, jangkitan air kencing reumatisme ( kegagalan buah pinggang untuk menggunakan air sebagai medium perantaraan bagi prosesnya ) dan penuaan akan berlaku ( kurang darah dibawah lapisan kulit muka –keanjalan kulit ).

Tubuh manusia terdiri daripada 70 peratus air, otak pula mengandungi 80 peratus air, komposisi darah pula terdiri daripada 90 peratus air. Ini bermakna, kita bergantung kepada air sebagai asas kewujudan kita dimuka bumi dan bukannya soda, jus, kopi, teh atau minuman keras arak jahanam. Kita memerlukan air untuk membolehkan fungsi-fungsi organ dan sebagainya, mengikut ketentuan-Nya.

Kamu perlu tahu bahawa, kehilangan satu peratus air daripada keseluruhan berat badan, akan mengakibatkan kita kehilangan 10 peratus keupayaan fizikal. Apabila tubuh terdedah kepada suhu 30 darjah celcius, air yang hilang adalah sebanyak tiga liter setiap jam atau lebih daripada 4 peratus berat badan ( sebab itu, jika ingin menimbang berat badan, buka dalam keadaan dehidrasi seperti dalam keadaan dahaga ) bermakna kita boleh menjangkakan kehilangan 40 peratus keupaayan fizikal. Jika kamu bekerja dibawah terik matahari, maka kadar kehilangan tenaga adalah lebih. Dalam suasaana persekitaran yang panas, kamu memerlukan air yang lebih banyak untuk kekal bertenaga. Minuman isotonik seperti 100 plus, livita dan sebagainya digalakkan untuk diminum hanya dalam keadaan tertentu sahaja seperti demam  dan tidak diamalkan dalam diet seharian unsur-unsur tambahan di dalamnya seperti glukosa, air berkarbonat, perisa dan sebagainya tidak diperlukan sangat oleh tubuh kerana yang lebih penting, air itu sendiri. Untuk kesejahteraan fizikal dan mental, kualiti serta kuantiti air yang diambil, mesti diambil kira.



Lapar atau dahaga?

Jika kamu  memerlukan air, biasanya kamu memilih sama ada minum air atau mengambil makanan yang mengandungi air. Dalam kebanyakkan kes, kamu tersilap antara lapar dan dahaga yang menyebabkan kamu makan dengan banyak untuk memenuhi keperluan air dalam tubuh. Hasilnya, kamu menambah lemak yang terkumpul terutama jika makanan yang diambil adalah makanan siap proses atau makanan segera kerana kandungan lemak tidak tepunya itu. Semakin banyak kita makan, semakin banyak air diperlukan untuk proses penghadaman dan menyingkirkan sisa buangan dari badan ( usus, buah pinggang ) tubuh kita memerlukan air dan tanpa air, kita bernasib baik jika dapat  bertahan sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 hari. Biarpun begitu, ramai daripada kita berhadapan dengan suasana tidak selesa dan masalah kesihatan semata-mata kerana tidak minum air yang mencukupi. Albert Eistein pernah berkata, melakukan perkara yangs sama berkali-kali tetapi mangharapkan hasil yang berbeza adalah ‘sama’. Oleh itu, pastikan air dalam badan kamu mencukupi dan lakukannya setiap hari kerana hasilnya adalah sama iaitu untuk mengekalkan kecergasan dan membolehkan sel-sel badan berfungsi.terutamanya otak.

5 comments

Mon Dec 06, 02:08:00 pm GMT+8

ouh...demam ke?
pergi ke tapak maha?
ini amek tag..
http://wansiti.blogspot.com/2010/12/segmen-mari-masul-senarai-bloglarian.html

semoag cepat sembuh

Mon Dec 06, 04:43:00 pm GMT+8

sebab tuh kena minum air byk2.. setiap 25kh berat badan kena minum 1L..

jemputlah baca entri baru, oohh ooohh ooohh MAHA 2010 di Malam Gerimis di shirashafrida.blogspot.com

Tue Dec 07, 12:18:00 pm GMT+8

wow.. engineer.. tp banyak kongsi about tazkirah dan health... syabas kawan ^_^

come saya nak kongsi info pasal surah al-insyirah dengan awak

http://hestyrezyuda.blogspot.com/2010_12_01_archive.html#127223798516371666

Tue Dec 07, 12:34:00 pm GMT+8

ouh ya.. lupa nak kongsi info yang saya dapat...

air..amat penting dalam bada.. siapa yang berangan untuk slimkan perut yang munchet sikit... banyak2 kan minum untuk permudahkan penghadalam..

and mengikut petua orang dulu2.. setiap pagi sebelum gosok gigi.. amal kan minum air masak 1 gelas... nak ikut dari segi sains pun... tak silap saya masa kita tidor.. mulut kita telah memproses kan 1 asid yg baik untuk badan..

renung2kan.. dan selamat beramal .. anda buat.. anda dapat.. ^_^

Tue Dec 07, 05:16:00 pm GMT+8

... > hest : syukran..tapi kalau air yang diminum itu merupakan air dari telaga Zam-Zam, lagi bertambah mujarab.Wallahu'alam :)

...> Shira Shafrida : saya berkongsi apa saja yang boleh dimanfaatkan. syukran dengan info kamu :)

Post a Comment