Post

-peringkat awal perkahwinan-

bagi pasangan yang baru berkahwin, fasa awal perkahwinan pada lazimnya dipenuhi engan fantasi dan ideal yang sempurna mengenai sebuah kehidupan keluarga. Tahap ini amat kritikal untuk dijayakan dengan baik memandangkan fungsinya sebagai landasan awal bagi pembentukan keluarga bagi tahap-tahap berikutnya. pada peringkat ini, pasangan saling  memepelajari untuk mengenali antara satu sama lain secara realiti di luar alam percintaan sebelum berkahwin. Secara logiknya pada fasa ini pasangan biasanya menerima beberpa kejutan dalam proses mengenali diri, perlakuan dan personaliti pasangan setelah kedua-duanya tinggal serumah. Elemen penting pada peringkat awal perkahwinan ialah penyesuiaan antara pasangan,  mendefinisikan penyesuaian dalam perkahwinan sebagai proses modifikasi, adaptasi dan mengubah pola tingkah laku dan interaksi individu dan psangan dalam usaha untuk menignaktkan kepuasan perkahwinan. Tidak ada dua individu yang sempurna yang boleh tinggal bersama tanpa melalui sebrang konfli. perkara yang lebih penting adalah bukannya jumlah atau bilangan konflik yang wujud tetapi cara bagaimana pasangan menyesuaikan diri dalam menyelesaikan konflik berkenaan yang dapat membantu menjayakan hubungan perkahwinan tersebut. Menggariskan lima cara asas dalam mewujudkan penyesuaian perkahwinan iaitu:




kompromi

kedua-dua psangan mengalah dan memperolehi persetujuan yang memuaskan hati   
kedua-dua  pihak. Penyesuaian terakhir merangkumi pendapat daripada kedua-dua
belah pihak


Akomodasi -  

Pasangan bersetuju untuk tidak bersetuju. Mereka menerima perbezaan pendapat masing-masing dan tidak menjadikannya sebagi satu masalah utama.




Konsesi   


Salah seorang akan mengalah sepenuhnya sementara yang satu lagi menang sepenuhnya.
Isu yang terlibat, siapakah yang akan menyerah kalah.


Martydom  

Salah seorang daripada pasangan akan mengelak konflik dan mengelak dari berdepan 
dengan sebarang masalah

cara mewujudkan penyesuaian perkahwinan..namun Islam menggariskan kita sebaik-baiknya menjauhi sebarang konflik.. wallahu'alam.

1 comment

Thu Nov 11, 05:47:00 pm GMT+8

uhuu~

takut nk kawen~

Post a Comment