Post

Pengembaraan Roh - dari Mithaq ke Sa'ada


MITHAQ  ( ALAM ROH  ) – surah al-A’raaf : 172



rumusannya :
  •          Allah SWT  redhai kehadiran Para Roh di Majlis Alastu ( Roh )
  •          Roh ditanya tentang Tauhid : bererti mampu terima soalan
  •          Roh jawab dengan betul : bererti mampu berfikir – pilih yang benar
  •          Roh beri saksi : bererti mampu menerima-menerima amanah
  •          Ini bererti Roh punyai Bahasa, Kebaikan & Daya Fikir
  •          Dari Alam Roh mula pengabdian Roh terhadap Allah SWT





SA’ ADA (  KEHENDAK  KEMUNCAK  ) – surah at-Taubah : 21 – 22

   rumusannya : 

  •                     Akhirnya Roh diredhai Allah SWT, diterima Allah SWT, diterima dalam rahmat-Nya
  •          Hijab dibuka : Roh menikmati Wajah-Nya
  •          Roh menikmati Sa’ ada ( Blissfulness )
  •          Nikmat ini wujud kerana Iman & Amal Baik Roh
  •          Ini adalah tanda Mithaq telah disempurnakan dan dipenuhi
  •          Roh pulang ke hadrat-Nya dalam keadaan suci




Di dalam diri manusia ( Roh ) ada kuasa Faham-Nafsu-Marah-Suka-Fikir-Tindakan. Kuasa2 itu menjadi nyata melalui Rasa Nikmat ( Shahwa ) terhadap hal-hal yang melazatkan, dan Rasa Benci 
( Ghadab ) terhadap hal yang menyakitkan. Kerana asalnya suci, Roh ada Sifat wali yang unsure fitrahnya menyukai yang suci. Roh juga ada Sifat Syaitan laknatullah yang tabiatnya mirip kepada yang mungkar. Untuk melawan hasutan syaitannya, Roh mengguna-mengawal Shahwa-Ghadab agar nikmat Shahwa-Ghadab dirasai dalam hal2 baik-suci-maarof, bukan mungkar. Untuk menghayati Iman-Ibadah-Amar Maarof-Nahi Mungkar agar mencapai kemuliaan itu, Roh gunakan Daya Fikir 
( Akal ) dalam memahami keadaan dan hukum dalam memilih yang maarof dan menolak yang mungkar. Untuk tujuan ini, akal memerlukan Ilmu. Dalil mengapa menuntut ILMU itu wajib bagi manusia.




3 comments

Tue Nov 30, 07:14:00 am GMT+8

penjelasan terperinci., menarik!

Tue Nov 30, 11:55:00 am GMT+8

salam..syukran :)

Tue Nov 08, 09:31:00 am GMT+8

SUBHANALLAH..

Post a Comment