Post

Mengatasi sakit kepala



Ada beberapa tips bagi mengatasi dan juga mengurangkan sakit migrain ini.entri seperti ini, mungkin kita sudah biasa melihatnya di mana-mana.sekadar mengingatkan kembali kalau-kalau kita ini terlupa..bukan begitu?kerana saya juga sedang 'sakit kepala' memikirkan akan entri2 ilmiah sebelum ini yang telah hilang samaada dipadam pihak tidak bertanggungjawab ataupun kerana kesilapan teknikal.hadoi..alhamdulillah..




Migrain ialah sakit kepala yang paling kerap dialami seseorang. Penyakit ini biasanya datang dan pergi. Antara tanda-tanda migrain ialah sakit kepala yang berdenyut diikuti dengan muntah dan pitam. 


bagaimanapun migrain tidak didedahkan kepada maut.wallahu'alam..faktor keturunan turut menjadi punca migrain tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebab seperti beriku:


Ketegangan :


keadaan ini terdedah kepada sesiapa terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak menguruskanndan mengendali masalah akan terdedah kepada sakit kepala jenis ini.


 Pengambilan Ubat-Ubatan :




masalah tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. pengambilan makanan yang mengandungi bahan 'monosodium glutamat' atau MSG ( yang boleh didapati didalam serbuk perencah makanan mee segera ), kafein ( seperti coklat ), dan alkohol boleh juga menyebabkan seseorang itu sakit kepala.
 

 Penyakit Metabolik :


Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati juga boleh menyebabkan sakit kepala.

  • Berehat seketika dengan berbaring. Baring diatas katil dan pejamkan mata kira-kira setengah jam. ia bukan sahaja dapat meredakan sakit kepala yang teruk, malah dipercayai dapat mengelakkan migrain.
  • Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.
  • Berehat di dalam sebuah bilik gelap atau samar-samar kerana keadaan terang boleh menambahkan lagi sakit kepala kerana tindakbalas cahaya pada kulit kelopak mata ( seolah2 kita melihat cahaya dalam mata tertutup ).
  • ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala itu. tekapkan pada mata seketika.
  • Kika masih tidak reda,cuba gantikan dengan air suam. basahkan tuala dengan air suam dan tekapkan pada mata kira-kira setengah jam.
  • Fikir secara positif. Sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan dan gannguan perasaan.

1 comment

Sat Nov 20, 11:25:00 am GMT+8

terima kasi di atas perkongsian ini :)
ilmu bermanfaat :)
teruskan menulis yer :)

Post a Comment