salam..
Link web Ferrari
Sebelum ni, pernah tak kita terfikir, kenapa kereta yang dikeluarkan oleh Ferrari, mahal-mahal belaka?mencecah berpuluhan jutaan ringgit bagi hanya sebuah kereta sahaja? apa yang membuatkan ia berharga sebegitu rupa? kalau berminat untuk membaca entri ini, teruskan :) Mari kita tinjau 'Dunia Pengilangan Kereta Ferrari' melalui gambar dan sedikit penjelasan dari saya selaku penunjuk arah kamu.
0_o'' <-- penunjuk arah yang tidak diiktiraf..mohon maaf
Ferrari merupakan salah satu syarikat pengeluar kenderaan berkuasa tinggi yang menitikberatkan kualiti berbanding kuantiti. Malah turut menitikberatkan keselesaan pengguna.Di sini, pembeli dibenarkan untuk memilih dan mengubah mana-mana bahagian kereta mengikut kesukaan dan keselesaan mereka bermula dari jenis warna kerusi kulit, stering kereta , hinggalah ke 'disc brake' , di dalam sebuah bilik khas bernama 'Atelier' sebelum proses pembuatan kereta itu bermula.
 |
Atelier |
Pengeluaran jentera-jentera canggih keluaran Ferrari tidak akan lengkap dan nampk cacat tanpa sebarang pusat penyelidikan. Maka, disini lah iaitu 'pusat pembangunan produk', para saintis, jurutera,juruteknik, dan sebagainya berkumpul dan berkonsi idea serta pendapat dalam mereka, menaiktaraf fungsi-fungsi komponen, dan sebagainya bermula dari penggunaan bahan untuk proses pembuatan kereta, hinggalah ke pemilihan ujian keberkesanan, dan ketrampilan kereta.
 |
Pusat pembangunan Produk ( Bahagian anak panah ) |
 |
Bengkel Mekanikal ( Bahagian Mekanik Mesin ) |
 |
Salah satu bahagian pintu masuk-keluar ( bahagian mekanikal ) |
Proses pembuatan enjin kereta, bermula dari bahagian mekanik mesin.Yang menariknya, bahagian fasiliti yang baru diubahsuai ini, menyokong sepenuhnya aktiviti hijau didalam amalan pengilangan mereka dengan menggunakan bumbung berunsurkan 'advanced polycarbonate' sebagai medium lut cahaya dan anti-reput pada sesetengah bahagian bumbung ( terutama di bahagian pemasangan kritikal seperti 'cylinder block' ); bukan itu sahaja, mereka turut menyokong penggunaan tenaga solar sebagai salah satu medium sumber tenaga bagi menjalankan sistem operasi di setiap fasiliti.Di bahagian ini juga tidak menggunakan sepenuhnya keupayaan jentera mesin. 100% hasil pengeluaran bahagian-bahagian enjin melibatkan penggunaan kemahiran pengawalan juruteknik itu sendiri. Ibarat seperti kita memarut kelapa menggunakan tenaga pada tangan untuk memegang kelapa ketika memarut menggunakan mesin. Cuma proses yang melibatkan die-casting sahaja yang menggunakan hampir 80% penggunaan keupayaan mesin mekatotnik secara automatik. Ruang bahagian ini hanya sebesar padang bola sepak FIFA. Staf yang bertugas pada satu-satu masa pula, tidak melebihi 100 orang. Dalam sehari, kira-kira 50 - 60 enjin dapat dihasilkan. Fasiliti yang melibatkan pemasangan kesemua jenis komponen bahagian enjin, dibuat di Maranello.bagaimanapun, bukan sebarangan orang dibenarkan masuk ke dalam bahagian ini walaupun kita membeli kereta itu.
 |
Pintu masuk ke fasiliti pemasangan komponen enjin, Maranello, Itali |
 |
salah satu sudut dalam bahagian bengkel mekanikal |
 |
panel solar pada bahagin bumbung ( anak panah berwarna merah ) |
|
 |
jongkong aluminum yang bakal dileburkan bagi membuat komponen-komponen enjin |
 |
' sand casting ' yang digunakan untuk proses 'die- casting' |
 |
blok silinder yang siap dibentuk selepas dikeluarkan dari relau ' sandblasting' |
Proses pembuatan rangka dan bahagian pra-pasang komponen badan kereta, dibuat di fasiliti Carrozzeria Scaglietti ( sebutan Itali : skaʎˈʎetti ) Modena; terletak kira-kira 16.1 KM dari Maranello. Proses-proses ini dilakukan dalam 1 kawasan berteknolgi tinggi kerana menggunakan teknologi berpanel di mana rangka badan, unit komponen kereta seperti bonet dan sebagainya dipastikan mengikut tahap kelayakan supaya penyesuaian setiap unit dari segi kualiti permukaan komponen dan sebagainya yang akan dipasang, adalah bertepatan dengan tidak bergantung kepada fungsi automatik semata-mata. Fasiliti di sini merupakan salah satu fasiliti pembuatan badan dan komponen2 berkaitan, paling cangggih di dunia. Kecanggihan dan kualiti yang dipertunjukkan di fasiliti ini bukan kerana fungsi-fungsi automatik mesin pembuatan, sebaliknya adalah teknologi canggih, rumit dalam sistem pengeluaran dan kawalan yang menggabungkan kepakaran,kemahiran tradisional yang dimiliki pekerja secara manual untuk mendapatkan garis dan bentuk rangka,komponen yang membuatkan Ferrari dikenali sehingga lebih dari setengah abad ( seperti yang dinyatakan pada bahagian teknologi berpanel di atas ). Hasil pengeluaran yang dilalui oleh setiap unit komponen, akan dinilai dan diberikan gred yang dikenali sebagai Initial Customer Perception ( I.C.P ) selepas proses pemeriksaan dilakukan sebelum ia dihantar ke fasiliti semburan cat.
 |
pekerja bertugas sedang menjalan proses 'gap monitoring ' |
 |
kerja-kerja pemeriksaan gap balancing pada bahagian cermin depan |
 |
penggunaan peralatan mekatronik. perhatikan pekerja yang bertugas. berhampirannya terdapat panel kawalan / seliaan /pengubahan. dan inilah ia teknolgi berpanel. |
Di bahagian ruang semburan cat ( terdapat 2 fasiliti ), penggunaan mesin2 mekatronik lebih dititikberatkan bagi menjamin mutu dan kualiti warna yang sekata pada setiap bahagian yang di warnakan. proses semburan cat pada setiap jenis kereta dapat dilakukan sehngga 360° kedudukan di dalam sebuah ruang khas iaitu ' dunk tank '. sebanyak 30 rangka badan kereta dapat di selesaikan dalam tempoh sehari sahaja. Stuktur fasiliti ini yang setinggi 22 meter dan seluas 20,000 sq ini, mempunyai lapan aras yang boleh memindahkan badan kereta dari satu tempat ke tempat yang lain berdasarkan proses yang perlu dilalui oleh setiap badan kenderaan bergantung kepada jenis rangka badan kereta. Ianya dikawal selia terus dari pusat kawalan utama yang mengawal kesemua proses mengecat seperti cat smeburan anti karat, ' powder primer ' , 'water-based', dan sebagainya. Pada fasiliti mengecat yang baru ( Padiglione Verniciatura ), direka oleh Marco Visconti pada tahun 2004 ini, ianya ' adalah sebuah ' gudang ' besar, dibahagikan kepada 3 bahagian ' bilik ' yang berbeza operasi dan proses semburan cat yang dilakukan. Di antara struktur aluminum sebagai rangka bangunan, dipasangkan kaca opal, yang membolehkan proses semburan cat dilihat dari luar bilik ( kebiasaanya ketika proses semburan cat dilakukan, tiada pekerja yang berada di dalam bahagian ini. melainkan jika di fasiliti lama ). Rekaan yang canggih ini mengurangkan penggunaan tenaga pada keseluruhan fasiliti bagi membersihkan permukaan luar kaca kerana ianya direka khusus sebagai penapis anti-cecair yang mana mengelakkan tempias semburan cat yang terkena pada permukaannya, mengering dan menempel pada lapisan luarannya. Faktor pengawalan pengudaraan, pencahayaan, sistem operasi peralatan dijaga sebaik mungkin bagi menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan para pekerja di unit ini. Ini dapat dilihat pada rekaan ' gudang ' ini yang meminimumkan jarak antara pekerja dan bahan ( badan kereta beserta komponen ) yang digunakan di dalam fasiliti semburan cat.
 |
proses semburan cat di dalam sebuah ' bilik ' , fasiliti baru sedang dijalankan |
 |
proses semburan 360 darjah dalam sebuah ruang, fasilit lama. |
 |
salah satu proses selepas semburan cat. proses pengeringan semi -auto. |
proses yang berikutnya, merupakan proses yang terakhir bagi kategori pengeluaran ; kerana, di sini lah kita dapat melihat bagaimana setiap komponen seperti enjin, kerusi, lampu, dan sebagainya dipasang secara manual dan semi-automatik secara berperingkat-peringkat. Dan ini merupakan salah satu proses yang rumit untuk dikendalikan. Di fasiliti yang melebihi saiz 21,000 sq ini, dibahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian utamanya adalah unit pemasangan. Di unit pula dibahagikan kepada 2 aras pemasangan komponen berdasarkan kepada jenis enjin samaada 8 ataupun 12 blok silinder. bahagian yang selebihnya adalah bahagian pengujian, fasiliti pembangunan model prototaip, pejabat, bilik mesyuarat, dan juga bilik rehat. Gambar dibawah menunjukkan beberapa proses pemasangan komponen kepada badan kenderaan. Dan yang paling penting, di sini Ferrari mengetengahkan konsep yang dibawa oleh Jean Nouvel mengenai keunggulan teknologi dan pembuatann, dan juga kepakaran manusia ( neo-humanism ) iaitu, formula ' Uomo '.
 |
|
|
|
 |
|


























Sekian..penjelasan yang tidak seberapa dari saya..Mohon maaf andai terdapat kesilapan fakta disini. sila nyatakan di mana kesilapan itu dan nyatakan buktinya.terima kasih. Oh ya.pendaftaran sebagai ahli diperlukan untuk mendapatkan akses kepada program muat turun, galeri dan sebagainya.bagaimanapun, kandungan yang boleh diakses bergantung kepada jenis keahlian yang dipilih.
Tambahan :
Kamu rasa kamu layak untuk menjadi pemandu Formula 1 Scuderia Ferrari? jika ya, sahutlah cabaran ' Ferrari Virtual Academy 2010 season ' dengan memuat turun program perisian dan mulakan!
maklumat lanjut, boleh rujuk di SINI
19 comments
ferrari tu.. i like..
ya~
ferrari ;)
saya juga menyukainya~
owh...kt sini la kereta aku dibuat
entah bile nak memiliki sebijik Ferrari
nak hadiah ferrari sebijik dari fadzli ...
oh, nigambar muatturun eh??
ke pergi ke kilang dia??
wahh warna dia dah menggoda..
pnh dpt email psl kilang dia je dulu..x pnh tgk gmbrn dlm..x tercapai duitku utk memilikinya..hehe
@Ujang9897:
ku suka~ ulang sekali lagi~
haha
;D
@Ifti Larina:
BELI YANG 2ND AHND PN DAH OK ;)
MURAH JUGA~ :)
@Amira Anorah:
gambar lihat sendiri dengan gambar yang ambil dari sumber lain :)
banayk gambar yang blur.hoho
@Lydia Miza(Aidyl Azim):
haha~
kak, beli satu kak~
seronok tu~
@d_LA:
oo..canggih~
kalau nak tengok, datang melawat.gun pas pelawat. tapi tak semua tempat boleh masuk. hampir 30% kawasan kilang, kawasan larangan bagi pelawat.huhu
tapi kalau berminat nak beli, beli yang 2nd hand. murah sikit :)
atau beli model lama, re-shape semula. boleh je.kat selangor ada bengkel yang boleh buat. memang berkualiti ;)
terasa diriku spt di Itali..hahaha
@man yusoef:
haha~ imaginasi hang memang hebat ;)
sampai macam boleh 'merasai'nya.
hoho~
hebat :)
bak sini sebuah:p
wow! i like ferrari.
anda diterjah..
http://revolusichinta.blogspot.com/2011/02/nak-terjah-kamu.html
giler best seyh..
hehehe..
law abg kje sana ley hadiah kan kte 1..
kuang3..
patut la mahal
paling suka part yang pasang leather tu
awak tukar blog jadi macam FB eyh
memula ingatkan laptop momoy rosak
haha...
bijak2
Dia dan 'Ringtone'-nya
Lewat nada dering ponsel, Anda bisa menebak karakter seorang pria. Seperti ponsel, ringtone juga bisa mencerminkan karakter seseorang. Coba cek keterangan berikut:
1. Standar
Ringtone yang digunakan merupakan standar pabrik, alias yang dipakai yang tersedia di ponselnya saja. Si dia dengan ringtone in bisa dimasukkan dalam kategori laki-laki apa adanya, seleranya tidak neko-neko. Kemungkinan lainnya, ia tipe yang tak mau repot atau susah.
Tapi biasanya laki-laki dengan ringtone ini cenderung menganggap ponsel bukan untuk gaya, tapi memang kebutuhan. Kalau dari ciri-cirinya dia laki-laki yang sibuk, kemungkinan ia tak punya waktu untuk mengunduh nada dering baru.
2. Lagu Top 40
Laki-laki yang ponselnya bernada dering lagu-lagu top 40 alias yang sedang hits, kemungkinan adalah tipe lelaki yang cukup bergaul. Dari nada deringnya, bisa ketahuan jenis yang disukai sehingga bisa ditebak karakter aslinya.
* Pop
Laki-laki dengan selera musik ini biasanya mempunyai temperamen yang tidak meledak-ledak. Tenang, cukup sensitif, mudah bergaul, dan bisa cepat berbaur di mana saja. Ia bukan tipe yang senang memanjangkan persoalan. Tapi, terkadang moody dan mudah bosan.
* Rock
Biasanya laki-laki yang ringtone-nya lagu-lagu rock mempunyai karakter diri yang kuat, cuek, enggak peduli penilaian orang tentang dirinya, dan spontan. Romantis? Bisa saja, tapi bukan dengan cara mengirimkan bunga.
* R&B
Karakternya easy going, fun, dan menghadapi hidup tanpa kening berkerut. Ia juga tipe yang cuek, senang bergaul, tapi pembawaannya cukup cool. Ia memiliki kepercayaan diri yang tinggi dan terkadang cenderung egois dan fokus pada pemikirannya sendiri.
* Dance
Wah, laki-laki dengan ringtone ini kemungkinan besar anak dugem dan sangat bergaul. Ia lelaki yang peduli dengan penampilan dan biasanya pintar memikat perempuan. Ia adalah tipe romantis yang bisa tiba-tiba saja mengajak Anda berdansa di bawah bintang-bintang.
* Rohani
Ia tipe laki-laki yang religius, sederhana, dan agak introvert. Ia juga cenderung hati-hati dalam bicara dan berperilaku. Orangnya juga cukup serius dan tidak bisa main-main untuk hal-hal yang dianggapnya penting. Hidupnya sederhana dan emosinya lumayan labil.
* Dangdut dan Daerah
Karakternya humoris, meski terkadang jayus dan jahil. Ia bisa membuat dunia tersenyum dengan lelucon-leluconnya, meski terkadang overdosis. Dalam mengerjakan sesuatu sebenarnya ia cukup serius, meski kadang angin-anginan. Makanya, ia butuh sesuatu yang bisa membuatnya fokus.
* Anak-anak
Senang mendapat perhatian dan kejutan, terutama dari orang-orang yang dicintainya. Selain itu, yang menonjol darinya, ia bisa menjadi sangat lucu, pendiam, tapi sedetik kemudian ia bisa mendadak sedih.
3. Suara Otomotif
Ia laki-laki maskulin, gentle, berkepribadian kuat, senang tantangan, dan terkadang suka larut dengan dunianya sendiri. Ia juga tidak suka menjadi pusat perhatian. Meski begitu, anehnya, perempuan acap kali datang ke kehidupannya tanpa perlu diundang.
4. Rekaman Suara
Ia cukup kreatif dan mempunyai rasa ingin tahu yang lumayan besar terhadap semua hal yang menarik perhatiannya. Laki-laki penyuka dering semacam ini juga tipe orang yang senang mencoba. Selain itu, terkadang untuk menaikkan egonya, ia membutuhkan pengakuan dari orang lain, terutama dari orang-orang terdekatnya.