Kenali Sakit Lutut
Pernahkah kamu berada di bilik bedah digital yang menggunakan sistem navigasi? Uniknya, teknologi ini membantu pencapaian kejayaan dalam bidang pembedahan ortopedik.
Sistem ini membantu dalam pembedahan lutut, penggantian sendi dan perkhidmatan ortopedik yang lain. Hospital Pakar KPJ Tawakkal merupakan hospital pertama di Malaysia yang menawarkan bilik bedah digital. Lutut kita mudah tercedera dan ramai pesakit yangd datang, terdiri daripada mereka yang terlibat dalam aktiviti sukan. Kamu mungkin mengalami kecederaan pada usia muda dan berlanjutan hingga menyebabkan ketidakselesaan dan sakit. Ini akan mendorong kepada penggantian sendi lutut yang diperbuat daripada titanium. Ia merupakan unsur logam yang berwarna putih, mulur, tahan kakis, dan digunakan dalam pembuatan aloi ringan dan sebagai agen pengoksidaan dan elektrod.
staf KPJ sedang mengedalikan peralatan navigasi |
![]() |
penerangan tentang sistem navigasi ( penggunaan teknologi mekatronik sebagai medium perantaraan ) |
Bercerita tentang pembedahan digital, setipa kali pembedahan lutut selesai, pesakit hanya tinggal selama empat hingga lima hari. Malah pesakit boleh bangun dari katil sehari selepas itu dan boleh berjalan selepas tiga hari pembedahan. Beberapa kes yang melibatkan terapi sel stem hanya membantu pesakit di peringkat awal. Namun, selepas beberapa tempoh, sendi akan mengalami masalah dan disinilah pesakit memerlukan pembedahan. Pengambilan suplemen termasuk glukosamin dan kondroitin untuk mengatasi artritis dan menggalakkan pertumbuhan rawn tetapi perlu diambil secara konsisten sekurang-kurangnya selama setahun.
Jenis-jenis sakit lutut
Artritis degeneratif
![]() |
kecederaan pada bahagian yang terlibat |
Pergerakan lutut yang kerap akan menyebabkan kerosakan progresif pada tulang, tendon, dan rawan lutut. Kemerosotan sendi boleh mengakibatkan permukaan tulang yang terletak bersebebelahan bergesel lalu menyebabkan sakit yang amat sangat. Dianggarkan satu daripada tiga pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik, menghadapi sakit osteoartritis lutut. Rawatan tanpa pembedahan yang paling berkesan untuk memulihkan penyakit osteoartritis ialah manipulasi kiropraktik di bahagian lutut, pinggul, dan tulang belakang, senaman menguatkan tulang dan otot dan mengambil makanan glukosamina sulfat.
Ligamen terseliuh
![]() |
ligamen yang 'memegang' tulang/sendi. keadaan normal. |
Oleh sebab ligamen amat penting untuk menyeimbangkan lutut, ligamen selalu diregangkan melebihi panjangnya yang biasa lalu menyebabkan ia terkoyak rabak. Tahap koyak pada ligamen ini dibahagikan kepada tiga kategori :
1.Sedikit
2.Sederhana
3.Teruk – koyak terus atau pecah ligamen yang koyak sedikit dan koyak sederhana dapat dirawat dengan berkesan melalui kaedah konservatif ( gabungan rawatan kiropraktik dan fisioterapi ).
Bursitis dan tendenitis
![]() |
bahagian yang mengalami kecederaan tendenitis ( anak panah ) |
![]() |
'kusyen' berwarna magenta adalah bursa ( bursitis ) yang normal |
![]() |
jenis kerosakan pada bursa ( bursitis ) |
Penggunaan lutut secara berlebihan melalui senaman memusing, menendang, atau membengkokkan kaki boleh menyebabkan bursa ( kantung berisi cecair yang berfungsi sebagai kusyen ) dan tendon lutut mengalami radang dan tendon lutut mengalami radang dan menyebabkan bursitis dan tendenitis. Rehat, senaman menggunakan otot dan tulang serta rawatan kiropraktik dapat memulihkan keradangan pada bursa dan tendon lutut dengan cepat.
Meniskus koyak
![]() |
kecederaan pada meniskus ( bahagian yang berwarna merah - kesan koyakkan ) |
Pergerakan memusing dan pemampatan lutut yang berulang-ulang dan tiba-tiba boleh menyebabkan meniskus koyak. Melompat atau menaiki tangga akan menyebabkan lutut anda sakit sekiranya anda menghadapi masalah meniskus koyak. Bahagian meniskus tidak mempunyai saluran darah yang cukup dan yang demikian, bahagian ini lambat pulih.
Runners knee
sakit yang berpunca dari bahagian pelvis lateral hingga lutut lateral ini merupakan sindrom penggunaan otot lutut yang keterlaluan di kalangan ahli sukan. Nama klinikal bagi masalah ini ialah Sindrom Jalur Iliotibial. Masalah ini dapat dirawat dengan berkesan melalui manipulasi kiropraktik dan senaman pemulihan yang khusus.
8 comments
salam~ eh.eh? kamu sakit lutut ke? O.o?
wa'alaikumsalam..
ya. sakit lutut.
akibat kurang ,minum air. entri terbaru pun mengenai hal yang sedang menimpa dir saya.
hhuhu..
kena sentiasa berjaga2.
ouh..kesiannya..kurang minum air? hurm..teringat sesuatu..~~
minum banyak air ye~ jaga kesihatan~
teringat sesuatu? saya rasa seperti tahu apa itu :) minum banyak air? insya'Allah.kalau tak 'lupa'
syukran
kamu tahu apa itu? :) alhamdulillah..jangan buat2 lupa minum air pulak ye...
insya'Allah..syukran :)biasanya memang saya terlupa minum air.huhu..dah mnejadi satu kebiasaan pula.
tak boleh macam tu~ kena betulkan yang biasa dan biasakan yang betul~ ;)
syukran..oo..saya cuba untuk melakukankannya ;)