Post

Disleksia bukan OKU



Setiap insan dilahirkan dengan ciri berbeza.Perbezaan inilah menjadikan setiap individu itu istimewa. Begitu juga kanak-kanak yang disahkan mengalami disleksia...

mereka hanya mengalami gangguan dalam pembelajaran  ketika peringkat kanak-kanak dan bukanlah sejenis penyakit. kebiasaannya, kanak-kanak denagn disleksia mengalami gangguan membaca, menulis, mengeja, dan mengira walaupun mereka mempunyai pemikiran yang normal.
kanak-kanak yang mengalami disleksia bukan bodoh, apatah lagi tergolong dalam golongan orang kurang upaya (OKU). Mereka sebenarnya cerdik. Cuma mereka mengalami masalah pembelajaran. Disebabkan mereka istimewa, kaedah pengajaran juga perlu istimewa dan pastinya ia berlainan dengan kanak-kanak lain. setiap individu disleksia mengalami kecelaruan berbeza antara satu sama lain. walaupun begitu, karekter biasa adalah kesukaran mengeja, memproses fonologi ( bunyi ) dan tindak balas visual-verbal. Sebagai contoh, sesetengahnya mempunyai masalah menyebut perkataan yang panjang. bukan kerana tidak boleh menyebut, tetapi mereka keliru untuk menyusun suku kata dengan betul.









misalnya jika disuruh mengeja perkataan istimewa, mereka mampu mengeja dengan betul. tetapi bila disuruh eja perkataan diam, ia menjadi "diyam" contohnya kerana mereka mengikut bunyi. Selain itu, kanak-kanak disleksia juga sering mengalami msalah mengeja perkataan yang mempunyai konsonan berturutan seperti  'ng' dan  'ny'. disebabkan kesukaran mengikut turutan yang menjadikan mereka mudah lupa mengenai turutan seperti sifir dan nama hari. 






Masalah disleksia, boleh diperbaiki seandainya kanak-kanak terbabit diberi bantuan awal sebelum mereka memasuki persekolahan lagi. Mengikut perangkaan, 400,000 kanak-kanak di Malaysia mengalami disleksia dan bermakna dua daripada 20 kanak-kanak mengalami masalah itu. Disleksia boleh dikesan ketika kanak-kanak tadi di peringkat prasekolah lagi. Seandainya merka tidak boleh membaca atau gagal mengenali abjad biar pun sudah setahun menduduki kelas, mereka perlu diberi perhatian. Masalah berlaku apabila ibu bapa tidak mengambil serius dan menganggap ia perkara biasa. lalu masalah ini berlanjutan ke peringkat sekolah rendah.ketika ini baru mereka menyalahkan anak dengan menganggap dia bodoh, pemalas, dan lembap. ini merosakkan anak itu sendiri.


pada saya, masalah disleksia di Malaysia kurang diberi perhatian dan tiada kajian khusus mengenainya.wallahu'alam.. ini berbeza jika dibandingkan dengan negara-negara Barat yang mengambil serius masalah seperti ini. Tidak hairanlah andai beberapa individu berjaya seperti bekas perdana menteri Britain, Winston Churchill dan pelukis terkenal, Leonardo Da Vinci merupakan bekas penghidap disleksia. pada anak-anak kamu yang mengalami masalah ini, segera merujuk pada Persatuan Disleksia Malaysia.


kaedah dan persekitaran sekolah tersebut semestinya berbeza dengan biasa dan sebagai sebuah NGO
yang bertanggungjawab mengendali permasalahan yang melibatkan disleksia, terdapat beberapa kekangan yang membataskan perjalanan usaha mereka. menurut maklumat daripada sumber yang saya perolehi, mereka mempunyai tempat dan kewangan yang terhad. begitu juga dengan bilangan guru.


kanak-kanak disleksia perlu diberi perhatian dan penekanan, jika mereka ditempatkan di dalam kelas yang ramai, masalah akan berlaku. menurut sumber dari persatuan disleksia, sebelum mereka diterima masuk, mereka akan diberi penilaian untuk mengenalpasti masalah yang dialami. jika sekadar disleksia, proses pembelajaran tadi tidak sukar. dan kerana itu mereka mewujudkan suasana pembelajaran yang tidak terlalu stress seperti  di dalam bilik darjah biasa. kelas dalam bentuk kumpulan kecil yang dipenuhi pelbagai aktiviti menguji minda menarik minat mereka.  :)




p/s : disleksia yang tidak diperbetulkan / dirawat secepat mungkin, akan berlarutan sehingga pesakit menjadi dewasa.yang mana, proses untuk pemulihan adalah menjadi lebih sukar kerana pada saat ini, cara otak pesakit disleksi memproses maklumat akan 'kekal' bergantung kepada bagaimana , masa, dan tempat pesakit itu mendapat pendedahan tentang kehidupannya.bagaimanapun, ada kajian yang masih sedang dijalankan di Jepun, mengenai kesan berzikir keatas pemulihan pesakit-pesakit disleksia.