Post

Berzikirlah kamu..sesungguhnya...

السلام عليكم






Sebentar tadi, ketika sedang menziarahi blog seorang sahabat, terbaca entri mengenai daya mengingat sesuatu. boleh rujuk di page beliau. ketika sedang membaca entri ini, datang idea untuk menaip entri baru.syukran jazillah    : )


     Apabila kita berzikir, mengulangi kalimat-kalimat memuji Allah seperti subhanAllah, Allahuakhbar, secara automatik beberapa kawasan otak yang terlibat semakin aktif.SubhanAllah.. keadaan ini disebabkan berlakunya aliran / gelombang bioelektrik di kawasan saraf otak yang terlibat. Apabila kalimat-kalimat zikir ini disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif sekaligus menambah tenaga bioelektrik  lama- kelamaan sekumpulan 14 juta saraf yang membentuk otak kita, saling berinteraksi dan memepengaruhi sekumpulan 16 juta saraf tubuh supaya turut aktif dan saling berinteraksi.   Pada masa yangs ama, semasa berfikir, otak kita menjadi aktif secara keseluruhan disebabkan semua aktiviti berzikir yang kita lakukan itu, natijah daripada aliran interaksi bioelektrik yang tidak terbatas ini. Justeru, otak mereka yang selalu berzikir terdorong untuk memahami perkara baru. Mampu melihat dari sudut perspektif berbeza, semakin kreatif dan kritis. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati kita untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran ( wallahu'alam.ameen.. )






quote dari beliau :


" Walaupun brainwave dikatakan tidak keluar dari otak, aktiviti elektrik menandakan ianya berbangsa electromagnet force (emf). Cahaya adalah sebahagian dari emf dan malaikah adalah berbangsa emf. Uniknya emf ialah ia berkelajuan cahaya (tiada mahluk yang lebih laju darinya). Sebab itu malaikah yang membawa wahyu (Bhg 7 Per 9 sumber ilmu) kepada minda Nabi S.A.W . Dan mahluk yang lain mendapat ilham (sumber ilmu juga) dari pembawa yang sama! (agak sensitif dari pandangan agama, saya kira). Brainwave juga yang bertanggungjawap kepada penyebaran meme - the building block of cultural evolution or diffusion (persamaan phisikalnya ialah gene) "


P/S : sekiranya kurang jelas, mohon rujuk kepada yang  beliau  atau yang lebih arif mengenainya.



    Hasil kajian makmal  membuktikan otak mampu bertindak balas apabila diulang-ulangi perkataan yang sama. Dalam satu ujian imbasan otak manusia di universiti washington, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap satu perkataan tersebut sau persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan tersebut dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, imbasab di beberapa bahagian otak yang berbeza, mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan yangs sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak mereka merebak kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf yang lain. 

Berzikir yang paling efektif adalah seperti yang di saran Al- Quran ke arah menjadi Al Baab, "orang yang berzikir (mengingati kekuasaan Allah membentuk Alam ini) semasa berdiri, duduk dan baring (setiap masa)."

  Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada sukarelawan, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perbuatan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, memuji-muji nama Allah, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambahkan kemampuannya.

      Penemuan menakjubkan ini, dimuatkan dalam majalah Scientific american. Tatkala, saintis barat menemui keajaiban  ini, kita umat Islam telah lama mengamalkannnya dan memanfaatkannya.  Sedihnya, masih ramai umat Islam yang masih memandang rendah dan mengabaikan kepentingan berzikir sebaliknya suka menyanyi dan berhibur tanpa batasan...

Benarlah firman Allah yang bermaksud :  

" Maka ingatlah kepada Aku, supaya Aku ingat pula kepadamu. " 

Surah al-Baqarah, ayat 125..

ada juga pendapat yang mengatakan bahawa dengan menyanyi juga, turut menyumbang kepada keadaan ini, sememangnya walau diulang apa jenis perkataan pun akan mudah ingat, contonya seperti menghafal al-quran @ notes @ nyanyi. sewaktu menghafal ini otak ini lebih dominan dengan b-wave. kajian yang dibuat di oversea sebenarnya tidak spesifik terhadap zikrullah. ia hanya melibatkan kesan meditasi terhadap perubahan dominan wave otak. semasa meditasi, badan kita lebih biasa berehat seperti otak kita.kerana itu lah,  a-wave lebih dominan dengan otak. beberapa kajian tempatan yang pernah dibuat adalah melibatkan kajian solat terhadap brain wave. hasilnya dominant wave adalah a-wave dengan syarat solat itu khusyuk. kalau solat pun macam ekspress, sememangnya b-wave yang akan jadi dominan. jadi kesan meditasi dengan zikrullah ini akan hanya wujud jika kita khusyuk dalam beribadah. boleh semak kajian ini di library medical UM. zikrullah yang dimaksudkan tidak hanya pada berzikir seperti pemahaman melayu, bahkan ianya meliputi solat.



saya ingin ambil kesempatan di sini untuk menyeru semua pelajar universiti @ kolej agar menumpukan project final year dengan tajuk yang berkaitan dengan Al-quran & Sains. insha Allah ianya akan menjadi saksi kelak bahawa Al-quran itu kitab yang benar & menjadi kredit untuk kita di akhirat kelak.

4 comments

Post a Comment