Post

-baitulmuslim-

Secara umumnya perkahwinan diperakui sebagai asas pembentukan keluarga dalam masyarakat yang bertamadun.  walau apapun latar belakang agama, budaya dan konteks geografi sesebuah masyrakat itu, perkahwinan merupakan institusi yang dijangka mampu mengekalkan tradisi penerusan zuriat yangs ah selain fungsi-fungsi lain . Tidak dinafikan bahawa masyarakat kontemporari mempunyai persepsi bercanggah  mengenai fakta bawawa perkahwinan  merupakan asas pembentukan keluaraga . Keadaan ini adalah terutamanya apabila mengambil kira kadar perceraian dan pembubaran perkahwinan melalui perpisahan yang semakin meningkat dan mudah untuk mengakhiri  sesebuah perkahwinan. Opsyen yang wujud untuk memeperolehi anak tanpa perkahwinan  yang sah juga menjadikan keunggulan institusi perkahwinan dipertikaikan. Dalam konteks negara Malaysia yang menyanjung tinggi Islam sebagai agama rasmi, berteraskan budaya timur yang masih luhur memegang nilai murni dan kesusilaan hidup masyarakat bertamadun, perkahwinan masih popular sebagai aktiviti yang direstui  oleh semua pihak sebagai langkah awal pembentukan keluarga. Bagaimana seseorang itu memilih pasangan hidupnya?  terdapat pelbagai teori yang menerangkan tentang bagaimana individu boleh tertarik antara satu sama lain dan akhirnya bersetuju untuk berkahwin. Elemen cinta sering diperkatakan sebagai sumber penting yang boleh menjadi prasyarat dalam pemilihan pasangan. Walau bagaimanapun masih terdapat kes-kes perkahwinan  yang diatur oleh keluarga seperti keluarga kerabat, keluarga yang mahu mengatur penerusan empayar perniagaan dan sebagainya.
Konsep kufu  ataupun homogami iaitu ciri persamaan dalam kebanyakkan hal antara pasangan khususnya dari aspek latar belakang sosiobudaya merupakan antara elemen penting dalam pemilihan pasangan. tidak dinafikan terdapat juga pasangan yang mempunyai latar belakang  yang amat berbeza dan memilih untuk berkahwin. konsep kufu secara umumnya memberikan laluan yang lebih mudah kepada proses penyesuaian bagi pasangna kerana peringkat awal perkahwinan menuntut  proses adaptasi yang tinggi dalam kalangan pasangan. Bagi mereka yang tidak kufu, proses adaptasi dari segi kuantiti dan mungkin intensiti. pasanag yang mahu berkahwin  memepunyai peluang untuk mengenali antaras atu sama lain menerusi konteks geografi yang berhampiran, tarikan minat dan personaliti yang hampir sama,: keserasian yang dirasakan terutamanya dalam konteks latar belakang keluarga.. mungkin dalam proses  perkenalan ini elemen romantik seperti cinta wujud yang boleh menguatkan iltizam psaangan tersebut untuk berkahwin.  konteks budaya juga menuntut penglibatan keluarga dalam menyatukan pasangan berkenaan. proses merisik, meminang, menetapkan tarikh, melangsungkan pernikakahan dan majlis perkahwinan secara uniknya masih diaimbil kira dalam memastikan proses pemilihan pasangan berjalan lancar seterusnya dapat menjayakan perkahwinan tersebut. Dewasa ini, isu peningkatan golongan yang menangguhkan untuk berkahwin atau memilih terus untuk memebujang agak kerap diperkatakan sama ada dalam konteks  formal mahupun bukan. terdapat pelbagai rasioanl yang cuba diketengahkan dan antara sebab utama  yang mendapat perhatian adalah kecenderungan wanita  untuk tidak berkahwin kerana ketiadaan pasangan yang sekufu. Fenomena ini sering dikaitkan dengan kemajuan wanita dalam sektor pendidikan dan ekonomi. Walaupun masih belum dipraktiskan secara meluas, amalan wanita meminang lelaki, perkahwinan antara wanita yang berstatus sosioekonomi lebih tinggi dari lelaki serta poligami dan bujang berterusan berpotensi untuk menjadi pengisi kepada statistik negara kita pada masa akn datang. Apa yang pasti, fenomena berkenaan akan juga mempengaruhi tugas perkembangan keluarga dan menuntut masyarakat secara umumnya mermbuka minda dan bersedia untuk mensosiolisasikan elemen berkenaan dalam budaya tempatan..




sumber : pemerhatian saya dan juga rujukan buku-buku baitulmuslim.