Post

anak, merupakan suatu 'perjalanan'....

Gambarkan seorang anak berusia 6 tahun. Sebelum d ia berusaha 5 tahun; sebelum dia berusia 4 tahun; sebelum dia berusia 3 tahun; lebih 6 tahun dulu, dia tiada. Sekarang dia manusia berusia 6 tahun. Kita tida dapat melihat ‘proses pembesarannya’ yang berlaku sedikit demi sedikit. Bukan kerana prose itu tidak berlaku tetp kerana kita tiada kemampuan mengesan sesuatu yang berlaku secara sedikit-sedikit ( wallahu’alam ).

Sekarang kamu gambarkan halnya sekiranya kita pendekkan 6 tahun kepada 6 saat. Apakah yang kamu lihat? ...PROSES, DAYA GERAK, TENAGA.. fenomena yang bergerak pantas, bertukar bentuk, kemampuan, kelakuan, kegiatan, sebab, tujuan, tempat dengan sangat cepat!

Sebenaarnya inilah kita—bergerak, bertukar, bertenaga da sentiasa menuju kea rah tertentu. Anak usia 6 tahun akkan membesar dengan daya gerak ini secara berterusan hinggalah pada detik bils dia tidak perlu bergerak akhirnya ( akhir hayat ).

Konsep ini penting untuk memahami erti ‘anak’ dan erti ‘didikannya’. Kerana itu saya gunakan konsep “anak adalah suatu perjalanan”. dengan itu saya fikirkan bagaimana ‘perjalanan’ dilihat sebagai ‘peluang’ atau ‘landasan’ dalam memahami proses didikan dari tiga sudut :

  1. Dia bergerak dalam konteks masa dan usia.
  2. dia bergerak dari satu tempat ke tempat ai untuk melakukan ikhtiar hidup.
  3. die bergerak untuk sebab dan tujuan yang tertentu.


Oleh itu, saya/kita dapat menerapkan bebrapa faktor penting tentang anak dan didikannya:
    • bagaimana ‘masa’ dan ‘usia’ digunakan dan dimanfaatkan?
    • Apa yang sesuai bagi tiap tahap pembangunan yang berlaku mengikut masa-usia?
    • Siapakah yang bersama anak itu, dimana, apa yang dilakukan ata berlaku?
    • Apakah sebab atau tujuan yang mendorong didikan anak itu?
    • Apakah aspek Agama dan juga sains yang perlu difikirkan atau dimanfaatkan?
    • Bagaimana hal ‘Roh’ diterapkan ke dalam hal-ha didikan?
    • Apakah yang perlu berlaku atau dihasilkan selaras dengan kehendak Roh itu?


Soalan-soalan ini jelas memberi saya rangka dasar (‘fundamental framework’) yang memudahkan saya memilih dan menyusun analisis yang tepat, selaras dengan apa yang harus dilakukan berhubung hal-hal didikan anak.

Inilah sebabnya huraian berikut menerangkan konsep ‘aliran dinamik’ ( dynamic flow ) yang menunjukkan bahawa didikan anak adalah proses yang bergerak dengan mengikut taiga sudut yang saya terangkan di atas: Masa-Usia; Tempat-Ikhtir; dan Sebab-Tujuan. Dengan cara ini, maka saya gunakan tiga ‘aliran’ yang termaktub dalam proses dinamik didikan anak iaitu :

  • Aliran Neurologi
  • Aliran Menyayangi dan Menjaga Ibubapa hingga mereka masuk ke Usia Senja.
  • Aliran Roh untu memenuhi Perjanjian dan Ikrar Alam Roh.


    sekian..

1 comment

Mon Nov 08, 12:30:00 am GMT+8

Salam,

turutan yang menarik..

Post a Comment