Dari Uqbah ibn Amir Al Juhaniy r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa sahaja dari kalangan orang Islam yang berwudhu' dengan sempurna kemudian mendirikan solat dengan penuh tawajuh yakni dia mengetahui apa yang dibacanya sehinggalah solatnya selesai, Allah akan mengampuni segala dosanya sebagaimana dia baru dilahirkan dari perut ibunya. (HR Hakim)
Post

sentiasa prihatin kepada Allah


Sebenarnya doa adalah suatu keistimewaan bagi orang Islam. Sesuatu yang Allah SWT anugerahkan khas kepada kepada hamba-hambanya. Melalui doa, kita sentiasa bersyukur kepada-NYA , kita sentiasa berharap kepada-NYA. Kita sentiasa bersifat dan bersikap positif dalam hidup; kerana kita sentiasa berhubung terus kepada-NYA. Allah SWT maha mendengar. Dia mendengar permohonan kita, dan sentiasa prihatin kepada kita asalkan kita juga sentiasa patuh kepada perintah-NYA. Adapun hidayah itu, adalah urusan-NYA.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 186:

 maksudnya:
 Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu mendapat petunjuk (berada dalam kebenaran)