Post

Resveratol untuk hidup lebih lama?

Resveratol, sejenis ramuan yang dijumpai dalam tumbuhan perubatan yang dikenali sebagai Polygonum cuspidatum  ( pokok knotweed Jepun ) boleh melanjukan usia ragi sehingga 60 peratus, cacing 15 peratus, lalat buah 29 peratus, dan tikus 31 peratus. Kajian baru-baru ini juga menunjukkan Resveratol mempunyai manfaat kesihatan berganda yang dapat memebantu mengurangkan risiko beberapa penyakit  degeneratif ( sakit kerana penuaan ). Mengambil Resveratol mungkin akan membantu kamu hidup lebih lama dan lebih sihat. Pada awal tahun 2006, para penyelidik Itali mendapati Resveratol boleh melanjutkan jangka hayat ikan turqoise killfish sebanyak 15 peratus. Ikan killfish ini hanya mampu hidup selama tiga bulan sahaja dalam peliharaan. Hasil kajian ini menunjukkan dengan menambah Resveratol ke dalam diet harian ikan ini  akan memanjangkan jangka hayatnya. Kajian terhadap ikan ini adalah amat menarik dan berguna kerana ikan, sebagai sejenis vertebrat, menduduki tangga yang jauh lebih tinggi dari ranggi, cacing, dan lalat buah dari segi perkembangan evolusi. Kajian ini juga menunjukkan Resvertol memperlahankan perkembangan otot-otot ikan dan masalah memori ketika usianya meningkat.


Resveratol : agen anti kanser

Penyakit kanser barangkali merupakan satu perkara yang paling menarik dari segi penyelidikan ke atas Resveratol. Resveratol merupakan ubatan semulajadi pertama kerana bukti menunjukkan ia dapat menghentikan sama sekali beberapa peringkat penyakit kanser. Resveratol telah dibuktikan dapat menentang penyakit kanser in vitro di semua ketiga-tiga peringkatnya iaitu permulaan, penggalakan dan kemaraan. Resveratol bukan sahaja mencegah kanser, ia juga kini disyorkan sebagai rawatan tambahan. Institut Kesihatan Nasional (NIH, USA) kini sedang menganjurkan satu ujian klinikal untuk menyiasat keupayaan Resveratol untuk menetang kanser usus besar.


Resveratol baik untuk jantung dan saluran darah

Resveratol didapati boleh membawa bebrapa kesan potensi untuk melindungi jantung, termasuk :

  • Peningkatan paras lipoprotein berkepadatan tinggi ( HDL ) ataupun kolesterol baik yang melindungi daripada penyakit jantung.
  • Mencegah lipoprotein berkepadatan rendah ( LDL )  atau kolesterol jahat daripada dioksidasikan oleh radikal bebas, LDL yang dioksidasikan itulah yang membentuk plak-plak yang akan menyebabkan aterosklerosis ataupun pengerasan dan penebalan arteri-arteri.
  • Menyekat penggumpalan platelet kerana Resveratol mencegah sel-sel darah daripada melekat antara satu sama lain dengan  membentuk gumpalan. Gumpalan ini akan menyekat saluran-saluran kecil pada jantung, dengan itu, menyebabkan serangan jantung; ataupun jika tersumbat dalam saluaran otak, akan menyebabkan serangan angin ahmar
  • Menggalakkan vasodilatasi dengan meningkatkan pengeluaran Nitrik Oksida yang membolehkan saluran darah itu mengendur, dengan itu, menghasilkan peningkatan aliran darah.


Pencegahan penyakit Alzheimer

Kajian juga menunjukkan Resveratol mungkin dapat membantu mencegah atau meringankan penyakit Alzheimer. Salah satu ciri Alzheimer ialah pengumpulan plak di dalam otak. Plak ini terjadi disebabkan oleh apa yang dkenali sebagai "amyloid-beta peptides". Satu kajian makmal menunjukkan dengan memasukkan Resveratol ke dalam sel-sel akan mengurangkan perembesannya dan juga menurunkan jumlah amyloid-beta peptides di peringkat sel. Resveratol tidak menyekat pengeluaran amyloid-beta, sebaliknya menggalakkan kehancurannya dalam sel-sel. Meskipun masih diperingkat awal, namun penemuaan ini menyarankan bahawa mungkin wujud peranan potensi bagi Resveratol untuk menentang pengumpulan plak amyloid-beta dalam otak para penghidap Alzheimer.


Resveratol: Manfaat-manfaat lain

kajian menunjukkan Resveratol mempunyai banyak ciri-ciri kesihatan bermanfaat yang lain seperti :

  • Antioksidan yang mujarab-menentang radikal bebas yang merosakkan 
  • agen anti radang
  • mengurangkankan gejala-gejala menopous-perubahan perasaan, simbahan panas dan sebagainya
  • mengurangkan risiko menghidapi penyakit kencing manis.

Formula Resveratol

Jika kamu ingin mencari suplemen Resveratol, carilah yang mengandungi ramuan tambahan Quercetin untuk memanjangkan masa tindakan perlindungan Resveratol dalam badan kita dan untuk meningkatkan lagi penyerapan Resveratol. Satu lagi kelebihan daripada tambahan Quercetin dalam formula ini juga, mempunyai beberapa ciri manfaat kesihatan yang sama seperti Resveratol, iaitu anti radang dan antioksidan.


Jangan terlalu bergantung kepada Resveratol

Mengikut kenyataan para penyelidik yang membuat kajian keatas Resveratol, seseorang itu seharusnya tidak terlampau mengharapkan kepada suplemen ini untuk meningkatkan jangka hayat mereka sehingga enam kali ganda seperti yang dialami oleh cacing, ataupun 31 peratus sebagai dalam kes tikus. Walaubagaimanapun, adalah tidak keterlaluan bagi seseorang yang mula mengambil suplemen Resveratol pada usia 50 tahun untuk mengharapkan penambahan umur sekurang-kurangnya sebanya 10 tahun lagi kerana jangka hayatnya dan pada masa yang sama, dapat menikmati kehidupan yang lebih sihat.


*artikel ini disumbangkan oleh live-well.