Post

.::REALITI 'FITRAH'::.

Selepas telurnya menetas,anak burung helang, secara fitrahnya, bergantung kepada ibu dan bapanya untuk mendapatkan makanan dan perlindungan. Pembesaran dirinya, bersama kemampuan yang harus ada pada burung helang, terserlah (‘blossom’)  secara berperingkat-peringkat dan kumulatif.

Pada usia hari ke-72, anak helang, secara fitrah, mampu mengembangkan sayapnya, melihat dari jarak jauh satu kilometer seekor tikus bergerak. Lantas ia terus terbang kea rah sang tikus, menjunak dengan kadar laju lebih 100 km/j, dan berhenti tepat pada tikus untuk dicengkam dan dibawa ke pohon, mensyukuri rezeki Tuhan. Itulah kemampuan fitrah anak helang, dan kemampuannya sangat cemerlang!

Ia cemerlang kerana ia ‘fitrah’ dan sifat fitrah itulah yang diperukan untuk anak helang hidup dengan martabat yang tinggi selaku ‘burung helang’!

Konsep yang sama digunakan dalam program mendidik anak:

 “ memahami dan memanfaatkan sifat-sifat manusia agar anak membesar dengan kemampuan dan sifat cemerlang sejajar dengan martabat manusia yang dijadikan Allah SWT selaku hamba dan khalifah di bumi-NYA”.

Diantara sifat2 fitrah itu terdapat daya kawaan, daya fakir, akhlak, kecerdasan akalnya, kecenderungan dan hakikat yang harus ada pada anak dala keadaan yang sebaik-baiknya. Umpamanya ia :


  • Lahir selamat dengan kemampuan mudah menghisap putting susu ibunya.
  • Lincah bergerak ala- menjulur diantara usia 1 hingga 5 bulan.
  • Berdiri tegak pada usia 9-12 bulan, berjalan dengan hayunan tangan gerak silang.
  • Bertutur bahasa dengan penuh makna dan adab pada usia 2-3 tahun.
  • Minat membantu ibubapa selaku Khadam dari usia 4 tahun.
  • Fasih bertutur dala 2-3 bahasa da membaca bahasa-bahasa lain pada usia 5-6 tahun.
  • Suka dan mampu melakukan solat dari usia 7 tahun.
  • Lazim dan khusyuk dalam solat dari usia 10 tahun, kerana yakin dan faham.
  • Bila baligh (9-14 tahun) sudah sedia menunaikan tugas khalifah.
  • Menjadi umat manusia yang berwibawa, berilmu, dan beriman dari usia 14-17 tahun.
  • Dari usia 23 tahun, sudah sedia hidup sebagai dewasa yang bermartabat.

Kesemua ini adalah sifat-sifat ‘fitrah’. Ia juga merupakan Sunnatullah. Sifat-sifat ini diperlukan agar manusia dapat menunaikan tuntutan hidupnya dengan sempurna dan cemerlang. Walauun nampak susah dan rumit, kesemua sifat-sifat itu amat mudah dicapai kerana ia adalah ‘fitrah’., lebih-lebih lagi jika didikan  dimulai dari awal, secara sedikit-sedikit dan kumulatif.. ibubapa perlu memahami sifat-sifat ini dan berusaha memperolehi ilmu serta hayati amalan selaras dengan  Sunnatullah itu.

Wallahu’alam bissawab

"Sesungguhnya Alah tidak merubah sesuatu kaum hingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."

Surah Ar-Ra’d 13:11

2 comments

Sat Nov 06, 03:29:00 pm GMT+8

menarik post nie,
tapi,ini sape yea?

Sat Nov 06, 03:57:00 pm GMT+8

ya.menarik :) siapa saya? cuma insan biasa :)

Post a Comment