Post

penampakan dan teori mengenai entiti..

                                                      sumber gambar : ehoza.com


Seorang pakar psikologi yang mengkaji hantu, Profesor Richard Wiseman yang mengetuai kumpulan itu berkata: "Kadang-kadang anda melihat muka dalam keadaan samar-samar tetapi ia sebenarnya permainan cahaya.

"Otak manusia diprogram untuk melihat muka. Keadaan itu berlaku kerana wajah manusia adalah perkara paling penting yang dapat dilihat di sekeliling kita."

Menurutnya, sepuluh peratus daripada populasi mempunyai pengalaman melihat hantu.

Namun, katanya, tidak ada mana-mana pihak yang melakukan kajian berhubung bentuk pengalaman yang dihadapi oleh mereka yang pernah melihat hantu.

"Kita mengetahui hantu cenderung untuk dilihat sebagai satu bentuk jasad dan hanya mendedahkan diri sebagai hantu sebenar apabila ia melakukan sesuatu seperti berjalan menembusi dinding," katanya. - Agensi