Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, dan membenci kerana Allah SWT, memberi kerana Allah SWT dan menarik pemberian juga kerana Allah SWT, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan imannya. (HR Abu Daud)
Post

Jentera...milik Rusia

السلام عليكم

cuba perhatikan betul-betul pada gambar-gambar di bawah. Apakah fungsi sebenarnya? Pasti ada ( mungkin tidak ) yang akan mengatakan sememangnya ianya adalah sebahagian dari unit - unit jentera yang digunakan untuk peperangan. Jawapannya sememangnya betul; namun kurang tepat. kenapa? kerana jentera-jentera dibawah ini sebenarnya telah diubahsuai menjadi jentera pembinaan seperti yang biasa kita lihat di mana-mana tapak pembinaan struktur bangunan masa kini. Percaya atau tidak,sebahagian syarikat-syarikat pembinaan samaada berdaftar di bawah agensi, perkongsian atau milik persendirian yang berpusat di negara Rusia telah membeli jentera-jentera  lama ini dan diberikan 'sentuhan kosmetik ketukangan baru'. Daripada rupa asalnya yang dilengkapi pelbagai pelancar roket, mesingan, radar ( salah satunya turut dilengkapi dengan pelancar nuklear dan pelontar bom kimia & biologi ), perubahan drastik dilihat begitu ketara pada pengamatan saya :) yang menariknya, tempoh pengubahsuaian yang dilakukan keatas semua jentera ini daripada tempoh ianya dibeli dan dibawa ke bengkel, ianya cuma mengambil masa kira-kira 2 minggu sahaja bagi setiap satunya. Wallahu'alam..  Malangnya,saya tiada maklumat yang terperinci mengenainya untuk dikongsikan bersama.

p/s: setiap negara pasti memerlukan jentera sebegini apabila dalam keadaan darurat. Setuju?

         
 
sumber gambar :koleksi gambar-gambar milik rakan