Wallahua'lam
blog dalam proses baik pulih pada template/widget..
Dari Ibnu ‘Abbas r.huma meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Orang yang pertama sekali akan dipanggil untuk memasuki syurga ialah orang yang sentiasa berzikir memuji-muji Allah dalam keadaan senang atau susah. (HR Hakim)
Allah answers our prayers in 3 ways: He says YES! and gives us what we wanted. He says NO! and gives us something better. He says WAIT! and gives us the best at His own time.
-'FITRAH' UNTUK TATAPANMU-
Selepas telurnya menetas,anak burung helang, secara fitrahnya, bergantung kepada ibu dan bapanya untuk mendapatkan makanan dan perlindungan. Pembesaran dirinya, bersama kemampuan yang harus ada pada burung helang, terserlah (‘blossom’) secara berperingkat-peringkat dan kumulatif.
Pada usia hari ke-72, anak helang, secara fitrah, mampu mengembangkan sayapnya, melihat dari jarak jauh satu kilometer seekor tikus bergerak. Lantas ia terus terbang kearah sang tikus, menjunam dengan kadar laju lebih 100 km/j, dan berhenti tepat pada tikus untuk dicengkam dan dibawa ke pohon, mensyukuri rezeki Tuhan. Itulah kemampuan fitrah anak helang, dan kemampuannya sangat cemerlang!
Ia cemerlang kerana ia ‘fitrah’ dan sifat fitrah itulah yang diperukan untuk anak helang hidup dengan martabat yang tinggi selaku ‘burung helang’!
Konsep yang sama digunakan dalam program mendidik anak:
“ memahami dan memanfaatkan sifat-sifat manusia agar anak membesar dengan kemampuan dan sifat cemerlang sejajar dengan martabat manusia yang dijadikan Allah SWT selaku hamba dan khalifah di bumi-NYA”.
Diantara sifat2 fitrah itu terdapat daya kawalan, daya fikir, akhlak, kecerdasan akalnya, kecenderungan dan hakikat yang harus ada pada anak dalam keadaan yang sebaik-baiknya. Umpamanya ia :
- Lahir selamat dengan kemampuan mudah menghisap puting susu ibunya.
- Lincah bergerak ala- menjulur diantara usia 1 hingga 5 bulan.
- Berdiri tegak pada usia 9-12 bulan, berjalan dengan hayunan tangan gerak silang.
- Bertutur bahasa dengan penuh makna dan adab pada usia 2-3 tahun.
- Minat membantu ibubapa selaku Khadam dari usia 4 tahun.
- Fasih bertutur dala 2-3 bahasa da membaca bahasa-bahasa lain pada usia 5-6 tahun.
- Suka dan mampu melakukan solat dari usia 7 tahun.
- Lazim dan khusyuk dalam solat dari usia 10 tahun, kerana yakin dan faham.
- Bila baligh (9-14 tahun) sudah sedia menunaikan tugas khalifah.
- Menjadi umat manusia yang berwibawa, berilmu, dan beriman dari usia 14-17 tahun.
- Dari usia 23 tahun, sudah sedia hidup sebagai dewasa yang bermartabat ( wallahu'alam )
Kesemua ini adalah sifat-sifat ‘fitrah’. Ia juga merupakan Sunnatullah. Sifat-sifat ini diperlukan agar manusia dapat menunaikan tuntutan hidupnya dengan sempurna dan cemerlang. Walauun nampak susah dan rumit, kesemua sifat-sifat itu amat mudah dicapai kerana ia adalah ‘fitrah’., lebih-lebih lagi jika didikan dimulai dari awal, secara sedikit-sedikit dan kumulatif.. ibubapa perlu memahami sifat-sifat ini dan berusaha memperolehi ilmu serta hayati amalan selaras dengan Sunnatullah itu.
Wallahu’alam bissawab
"Sesungguhnya Allah tidak merubah sesuatu kaum hingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."
Surah Ar-Ra’d 13:11
Labels
Tazkirah
Firman Allah SWT
Sarkasis
Motivasi
Ayat dan Surah dalam Al-Quran
Hadith Nabi
Travelog Jihad Terakhir
Motivation
Sarkasis Islamik
Allah SWT Says In The al-Quran
Madah Islam
Review Teknologi
Puisi
Tutorial Blogspot
Akuarium
Baitulmuslim
Hukum
Kata Sahabat Nabi
Kesihatan
Puisi Islamik
Tatatertib Di Masjid
Aquarist
Aquascape
Law Of Today
Tutorial Aquascape
Feqah
KeAgungan Asmaul Husna
Kesalahan Dalam Solat
Perubatan Cara Islam
Petua
Sayings From Prophet Muhammad SAW
Sayings of Prophet Muhammad SAW
Sugar Glider
Tasawuf
kerjaya kimpalan
planted tank
1 comment
Entri yang menarik bagi Nelly dan terpaku seketika ..
Mengahayatinya . .