Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Perumpamaan orang yang keluar berjihad di jalan Allah SWT adalah seperti seseorang yang berpuasa dan membaca Al-Quran di dalam solat sepanjang malam dan dia berterusan sibuk dengan berpuasa dan bersedekah sehingga mujahid di jalan Allah SWT itu pulang ke rumahnya. (HR Ibn Hibban)
Post

Doa dan Zikir..

Seperti yang disebut di atas, doa ialah permohonan, permintaan, juga adalah harapan serta kesyukuran. Mengharap juga adalah doa. Menyebut sesuatu berulang-ulang juga adalah doa juga ( Wallahu’alam ). Oleh itu, zikir ( sebut, ingat ) juga adalah doa. Ia berhubung kait dengan minda dan sikap kita. Sebab itulah maka percaya dan yakin itu menjadi elemen penting dalam berdoa.


Kenyataan oleh asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna mengenai zikir, dalam kitabnya zikir dan wirid Rasulullah SAW, halaman xii sangat sesuai untuk kita memahaminya yang berbunyi :


“yang dimaksudkan dengan zikir bukanlah semata-mata zikir melalui lisan sahaja, tetapi sesunguhnya taubat itu juga adalah zikir, tafakur adalah zikir yang paing tinggi nilainya, menuntut ilmu termasuk juga sebagai zikir, mencari rezeki dengan niat yang baik juga adalah zikir, bahkan semua pekerjaan yang kamu niatkan untuk menghampirksn diri kepada Allah; mengingati bahawa Dia sentiasa memerhatikan dan tetap dekat dengan kamu, adalah dikira zikir. Sehubungan dengan itu, seseorang yang arif dan bijaksana pasti akan melakukan zikir pada setiap tempat dan saat. “