Post

-CEMERLANG ITU FITRAH-

CEMERLANG ITU FITRAH

“apakah kamu tiada mengetahui bahawa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia? “

Surah Al-Hajj 22:18


GURINDAM  NURY

Anak adalah cahaya mata
Curahkan kasih sayang padanya
Kami di NURY hanya dapat berkata
Ibu dan ayah orang utama
      Kasih saying tak boleh dijual-beli
      Yang penting perasaan, rasa dan sikap diri
      10 minit, 20 minit, 30 minit dalam sehari
       Tentu tak sukar untuk kita memberi
Kasih saying membina maruah dirinya
Pengalaman, pelajaran perkayakan hidupnya
Berilah ia peluang belajar, meneroka, mencuba
Tugas kita untuk membimbing, meransang sentiasa
       Peluk, cium, pujilah ia
       Walaupun gagal tapi mencuba
       Dia adalah dia
       Tak perlu dibeza-beza
Jika anak lakukan kesalahan
Yang perlu adalah pemahaman
Tegur ia dengan tegas
Tidakkah ia suatu peransangan?
       Anak adalah pemberian Tuhan
       Jasa kita padanya tak perlukan balasan
       Dia menjadi seorang manusia
Membesar anak perlukan kesabaran
Tetapi ingat-wahai ibu dan ayah-
Secerah Cahaya di amlam ang gelap
Sama ertinya Setitis Embun di Gurun Sahara.
 
                                                   Oleh : Dr Noor Laily Dato’ Abu Bakar