Post

cabaran saintis melayu

                                           sumber gambar : kosmo.com.my

Sains adalah ilmu untuk memahami  tabii alam secara sistemaik, mantik dan objektif. Ini kerana manusia mempunyai naluri ingin tahu dan istiqamah menyelidik untuk mengumpulkan apa-apa saja maklumat tentang tabii alam yang diamatinya. Ilmu sains yang diperoleh dan didapati, dapat memberikan manfaat ( juga kecelakaan )  kepada manusia sejagat  dan merupakan salah satu alat pembangunan peradaban manusia. Maka saintis diharapkan dapat memainkan peranan sebagai pengurus, pentadbir dan khalifah di bumi ini.

Sains dan teknologi telah wujud sejak zaman Nabi Adam a.s apabila pemerhatian dibuat kepada burung yang menerbitkan teknologi mengebumikan mayat. Namun pada era Nabi dan Rasul, kegiatan sains dan teknologi tidak didokumentasikan secara teratur dan bersistem. Pada zaman keagungan Islam ( 700 – 1350 Masihi ), sains dan teknologi dibangunkan serasi dengan ajaran Islam. Fenomena tabii alam dikaji mengikut acuan Islam dan dicatat dengan teliti melalui pendekatan induktif. Selepas kejatuhan pemerintahan Islam, sumbangan umat Islam kepada sains dan teknologi menjadi berkurangan.

Apabila sarjana barat belajar sains daripada orang Islam, sudah tentu mereka mengembangkannya mengikut fahaman mereka. Pencerapan aam tabii dpisahkan daripada agama dan system nilai keinsanan manusia, dengan demikian terbitlah fahaman saintisme dan sekularisme. Pendidikan sains barat melahirkan saintis yang pincang dan sesat. Buktinya, hasil pembangunan manusia anusia berasaskan sains masa kini banyak menzahirkan kesan negatif  terhadap pembangunan ekonomi, alam sekitar, sosial dan politik.

Ilmu fizik telah menguasai hampir semua bentuk kajian dan menghasilkan jutaan produk. Mungkin setelah puas atau keletihan mencari sesuatu di luar dirinya, saintis barat kini berusaha mencari dalam dirinya sendiri. Menurut saintis fizik terkenal, Fritjof  Capra, dalam bukunya ‘  The Tao of  Physics,’ “ seharusnya ada peralihan daripada ilmu fizik yang mengkaji objek mati di alam semesta kepada usaha memahami diri manusia. Ini kerana pengetahuan itu tidak lengkap hingga ke hari ini”. Mengenal diri sendiri telah lama menjadi ajaran setiap agama,khususnya Islam. Isu sains dan agama melibatkan sesuatu yang empirikal dan bukan empirikal. Ahli falsafah memulakan dengan sikap spekulatif dan memilih kaedah empirik serta rasional dalam proses pengenalan diri ini. Kajian dibuat ke atas kandungan dan misteri otak, diikuti perbahasan menyentuh hal akal.

Otak kelihatan penuh dengan zarah di bawah mikroskop elektron. Terdapat 100 juta billion zarah kotak. Sel saraf pula berjumlah trillion sel. Jaringan antara zarah otak dengan sel saraf membentuk kecerdasan manusia. Untuk memindahkan maklumat daripada hanya satu zarah didalam otak manusia, diperlukan komputer yang lebih canggih daripada computer riba biasa. Ini bermakna kebolehan otak manusia setara dengan komputer bersaiz dunia. Segala puji bagi Allah, pencipta otak manusia.

Menggunakan mekanik kuantum, saintis dapat menentukan dan meramalkan kelakuan zarah di alam tabii. Namun, apabila berdepan dengan zarah dalam otak manusia yang terlampau banyak dan kompleks, mekanik kuantum gagal 100 peratus. kelakuan zarah dalam otak tidak dapat diramalkan. Walaupun sudah banyak penemuan baharu yang diperoleh daripada kajian ke atas otak, mereka yang berasa mengenal diri tahu bahawa ilmu mereka tidak seberapa.kaedah empirik hanya berjaya menghuraikan terlalu sedikt misteri otak manusia belum tentang akal dan nafsu. Oleh tu, mereka yang berotak sihat akan berasa kerdil sehingga memerlukan kaedah bukan empirik melalui pengetahuan ilmu agama.

 Satu kumpulan penyelidk telah dibentuk di universiti kebangsaan Malaysia untuk   merealisasikan pendidkan sains berteraskan tauhid ke dalam bilik darjah. Pemikiran mengenai sains tauhidik telah bermula sejak dekad 1980-an, tetapi hanya di atas kertas dan buat julung kali, suatu usaha awal dan tindakan yang berani dipelopori oleh sekumpulan saintis melayu untuk menerapkan sains Islam ke dalam kurikulum pendidikan.

Kepercayaan seseorang individu akan mempengaruhi persepsi individu itu terhadap tabii alam dan dirinya sendiri. Dalam mengembangkan pendidikan sains tauhidik yang meliputi ilmu tauhid, feqah, dan tasawwuf, ada baiknya mengkaji tentang kepercayaan orang melayu sebelum memeluk Islam dan kepercayaan melayu pada masa ini. Ini kerana, dala merangka Pendidikan Sains Tauhidik, perlu diteliti perkaitan sains ( pemerhatian isi langit dan bumi ) dengan Allah, manusia, malaikat, jin dan hidupan lain. Mengapa cerita saintis Melayu diberi perhatian? Saintis Melayu itu orang Islam dan anehnya, tiada ada saintis melayu  yang murtad.mungkin...WAllahu’alam. Kewujudan  keturunan bangsa Melayu, masa itu belum dikenali sebagai
Melayu, telah ada sejak zaman Nabi Ibrahim a.s. Agama nenek moyang orang Melayu sebelum kedatangan Islam ialah memuja dewa atau jin, iaitu agama Majusi, Hindu, Buddha dan Durbar/Derbar ( orang Asli ). Agama Islam tersebar di Asia Tenggara bermula pada tahun 685 Masihi, dibawa pedagang dan mubaligh Islam dalam kalangan orang Arab dan bukan Arab. Selama lebih 300 tahun Islam telah bertapak di Pattani ( Kerisik) ,Kampung Cam ( Kemboja ), Sulu, Borneo, Maluku, Jawa, Sumatera dan Tanah Melayu.

Mengetahui asal usul bangsa Melayu, iaitu bangsa yang Allah pilih, yang muncul secara luar biasa, pasti ada peranan penting yang perlu dimainkan oleh orang Melayu diperingkat dunia akhir zaman ini. Antara perubahan beasar yang sedang  berlaku ataua cabaran yang dihadapai bangsa Melayu sekarang, khususnya saintis Melayu adalah melakukan pembersihan dan pemurnian diri supaya dapat keluar dari makam lalai, mengembangkan pendidikan sains Islam atau sains Tauhidk, aktif dalam aktiviti hub makanan halal, melibatkan diri dalam industri untk umat sejagat serta mesra alam, perbankan Islam, insurans Islam, sistem pertahanan Negara, perubatan Islam, media dan penerbitan Islam, perkhidmatan sosial, dan memartabatkan bahasa Melayu.