Post

BAHAWA…


Bahawa  Setiap anak dari dalam kandungan ibunya,secara  fitrah, telah dibekalkan potensi untuk membesar dan membangun ke tahap cemerlang pada segi fizikal, kesihatan, sosio- emosi, iman, akhlak, intelek dan kebajikan.

Bahawa  pembangunan anak itu mudah disempurnakan jika didikannya dilakukan sebelum ia mencapai usia 3 tahun kerana sepanjang usia awal itu, saraf otaknya, secara fitrah, sedang membangun dengan pesat dan mudah untuk dimanfaatkan untuk pembentukan asas-asas pembangunan potensi itu.

Bahawa  ibubapa selaku pendidik utama dan pertam bagi anaknya, perl memakmurkan institusi keluarga dan rumah dengan iman, ilm, pemahaman, dan azam agar keluarga dan rumah dihidupkan sebagai ‘universiti’ pertama dan utama bagi anak.

Bahawa  didikan anak yang bermula di rumah diperkayakan dengan didikan luar rumah secara bersepadu, bersifat simbiosis, supaya didikannya menjadi luas, lengkap dan mulia agar martabat manusia menjadi indah dalam kehidupan yang bertamadun.

Bahawa  jika prinsip-prinsip ini dihayati dengan azam dan jujur ( istiqamah ) oleh sebahagian besar keluarga-keluarga di sesebuah tempat, maka kecemerlangan anak dan keluara itu akan mudah makmur sebagai adapt resam dan budaya masyarakat itu, dan dengan itu ahli-ahli masyarakat itu akan hidup dengan martabat dan kemuliaan sejajar dengan sifat manusia selaku Hamba dan Khalifah di bumi Allah SWT. InsyaAllah