Post

Apabila Musibah Bertukar Muhasabah

 السلام عليكم
 peace be upon you




Sepanjang beberapa hari lepas, memang saya ada 'terasa susah'.
Kalau-kalau sebelum ni buat apa-apa hal, Allah telah mudahkan dengan sandaran-Nya keatas sesiapa dan apa yang diingini-Nya.. tapi, kali ini adalah sebaliknya.

Memang perit juga sepanjang tempoh masa itu. sekelip mata mereka yang ada disekeliling, yang sedia membantu, ditakdirkan-Nya mempunyai urusan masing-masing. setidak-tidaknya membawa haluan pada saat-saat kita tidak menyedarinya.

haih.. rasa terkontang - kanting. huhu.. buat apa-apa serba tak kena gayanya.
iya lah. sebelum ni, bergelak ketawa, bertukar pendapat, ber usrah, menumpang rasa, semua itu adalah bersama.. ya. secara berjemaah!

hakikatnya, ada hikmah apabila kita ditakdirkan berseorangan saat itu. muhasabah itu sebagai pengukur aras kesedaran diri...kesusahan yang saya alami tidaklah sehebat kisah seorang muslimin Palestin yang kehilangan isteri & anak dalam perang di Gaza! 

  1. Berpuasa
  2. menguruskan jenazah
  3. menziarahi orang sakit

Allah turunkan 3 amalan ini untuk kita lebih kenal apa itu muhasabah sebelum ditimpa musibah! dan memang benar kata para cendekiawan Islam & para ulama'..

apabila rasa susah, lihat orang lain yang lebih susah!



1 comment

Post a Comment