Post

Fakta Kerjaya Bidang Kimpalan Dalam Industri Minyak & Gas

 السلام عليكم
 peace be upon you


Alhamdulillah..
pakcik kira, masih ada yg belum & teragak-agak ingin membuat pilihan bidang pengkhususan yang diminati. kan?? bagi yang minat sesuatu bidang, tapi kelayakan akademik tak memenuhi kateria pun satu hal juga..haih..

lamhamdulillah.. jika tak keberatan, bagi yang sedang mencari kerjaya yg penuh mencabar, yang memberi pulangan lumayan, pakcik mahu kongsikan serba sikit kelebihan memilih kerjaya dalam kimpalan ni.. pasaipa? 


1) Kerjaya kimpalan tak memerlukan kelayakan pendidikan.


jawatan-jawatan penting seperti pengimpal paip, inspektor, pengimpal bawah laut, TIDAK MEMERLUKAN kamu untuk mempunyai sijil, diploma mahupun ijazah; Kerana jawatan-jawatan penting ini hanya diisi oleh mereka yang mempunyai lesen khas untuk menjalankan kerja tersebut, bagi jawatan pengimpal contohnya, memang tidak semua mampu melakukankannnya apatah lagi mempunyai lesen. tapi bagi jawatan inspektor, tiada masalah.insya'Allah..




2) laluan karier  yang pelbagai.

Rata-rata mereka yang  berada dalam bidang ni takkan kekal dengan 1 jawatan, cth : inspector --> welder SEPANJANG HAYAT. Mereka bertukar-tukar jawatan bagi merasakan pengalaman kerja yang berlainan.  Pilihan terbuka luas. Cuma, apabila ia melibatkan bahagian pendidikan dan R&D misalnya, masa ni lah kelayakan penddidikan memainkan peranannya...  antara cabang  utamanya :




- Inspection
- kejuruteraan
- Robotik
- Pendidikan
- Pengurusan
- Perniagaan




3) Kerjaya  bekerja sambil melancong.


Siapa kata kerjaya kimpalan,  hanya terbatas pada didarat dan di dalam air? tak. Di angkasa pun ada. setakat yg pakcik tahu, bahagian aero angkasa ini dimonopoli oleh pihak tentera. maknanya tentera yg dilatih khas untuk mengimpal & menjalankan kerja inspektor. tak dok peluang la kome~ :D


pernah dengar istilah  'kerja ikut kapal'? haa.. ini adalah sebahagian darinya. kebiasaannya jawatan pengimpal & inspektor yg terpilih contohnya, akan mengikut kapal2 yg bakal berlayar jauh sebagai persediaan awal untuk membaiki kerosakan dan kemungkinan yang lain ketika di dalam perjalanan..


Selain industri minyak & gas, peluang juga terbuka dalam sektor pembuatan senjata ketenteraan. cuma ianya agaK terbatas kerana mengandungi kontrak kerja.. dan bahagian yang menarik setakat ini, antara yang popular jawatan dalam 'kerja sambil melancong' ni, :




a) pengimpal & inspektor di dalam laut :

Seperti yang pakcik beritahu pada main point no. 1 tadi, jawatan seperti inspektor  & pengimpal dasar laut adalah antara 'spesis' yg tak boleh duduk diam.  sebahagiaan mereka yg memilih untuk bekerja mengikut  kompeni juga adakalanya dihantar bertugas diluar negara sebagai client atau 3rd party (akan pakcik kupas isu ini dalam entri akan datang. insya'Allah) cuma tidak sejauh mereka yg bergerak secara solo. antara pekerjaan sangat2 berisiko. tapi menyeronokkan ^__^  pendapatan kasar bagi kelas ini dibayar semurah RM 150 sejam dan julat normal antara RM 300 - RM 4k sejam mengikut kesukaran tugas. INGAT. ni bukan rate untuk malaysia ya. malaysia..sebenarnya bayar murah je.. ^_^


b) sektor pemasangan paip (pipeline installation) di darat :


Sungguh sinonim di malaysia sehingga saat in. seperti juga dilaut, jawatan bagi inspektor & pengimpal, lebih banyak dihabiskan dalam kerja. riadah? wallahua'lam.. dimana lokasi yang memerlukan pemindahan dan penyaluran gas disitu ada mereka. kebiasaannya mereka ini adalah 3rd party ataupun yang bergerak solo secara kontrak. 




4) Permintaan yang tinggi dalam pelbagai sektor tanpa perlu menukar karier.


bila fikir, sikit sebanyak berkait dengan isu pengangguran yg berleluasa. huhu..  ambil contoh isu harga minyak & kekurangan bekalan minyak. jawatan-jawatan seperti pengimpal & inspektor sebenarnya punya kelebihan untuk & boleh bertukar ke industri lain, cth: pemasangan utiliti isi rumah (paip air) dan juga industri kimia contohnya.. cuma.. orang yang mencari masih terkapai-kapai.. haih..




ok. sampai sini je. nak buat penjelasan yg teliti lagi tersusun, perlukan perancangan sebelum menaip. jika tak keberatan, tanyalah :)




^__^




Firman Allah SWT yang bermaksud :


“Apabila selesai kamu menunaikan kewajipan (solat), maka bertaburanlah kamu di atas muka bumi untuk bergerak mencari rezeki daripada Allah.” 

( Surah Al-Juma’h : 10)

8 comments

Mon Jul 16, 02:59:00 am GMT+8

salam pak cik..menarik sungguh..tp kerja mcm ni sangat berisiko kan...

Mon Jul 16, 01:58:00 pm GMT+8

inspektor polis ke?

Fri Dec 28, 10:49:00 am GMT+8

Anak saya baru masuk ikm kl sijil teknologi kimpalan pada 261212 yg lalu. Kene join welding intstitute malaysia perlu ke? Tqvm

Fri Dec 28, 10:50:00 am GMT+8

Anak saya baru masuk ikm kl sijil teknologi kimpalan pada 261212 yg lalu. Kene join welding intstitute malaysia perlu ke? Tqvm

Thu Jan 10, 11:25:00 am GMT+8

Salam pakcik, saya adnan dari shah alam. Kalau pemegang sijil CSWIP boleh gi offshore tak?

Fri Jan 11, 01:18:00 pm GMT+8

Salam pakcik. Saya adnan dari shah alam. Saya skrang bekerja di bidang automotif dah 5 tahun. Saya diberitahu seorang kenalan rapat, kerja sebagai offshore welding inspektor memberikan pulangan yang lumayan. Dan skrang ni saya tengah mengambil kursus dalam sebuah institut swasta dalam bidang CSWIP seperti yang dicadangkan oleh kawan saya. Cuma menjadi persoalan sekarang, adakah dengan sijil CSWIP + MIS-BOSET + pengalaman 6 bulan layak bekerja di bahagian offshore?

Mon Feb 04, 10:44:00 pm GMT+8

@Hjh Hasnah bt Abdullah

tak perlu. tapi bagi yang baru nak menceburkan diri, digalakkan turut serta

Mon Feb 04, 10:52:00 pm GMT+8

@adnan thoran layak atau tak, bergantung kepada syarikat yang menjadi 3rd party bagi permohonan yang kamu buat.

6 bulan pengalaman bekerja bagi memohon kerja samada di pihak client atau 3rd party, masih belum mencukupi.

tentang kursus CSWIP yang kamu sertai, boleh sertakan nama kursusnya? CSWIP punya puluhan kursus, tak semua kursus membolehkan kamu bekerja di disana.

utk pengetahuan kamu,
bekerja di offshore memerlukan ketahanan fizikal dan mental. macam2 kerenah pekerja yang bakal kamu jumpa. maksud yang jelas, latih kesabaran kamu sebelum melangkah pergi.

atau, kamu akan pulang awal dengan rasa dendam & amarah. ini akan mempengaruhi prestasi kerja kamu.

Post a Comment