Post

Tutorial : Repair Braodband USB modem

as salam..


kamu ada masalah yang berkaitan dengan :

1)usb port kat laptop, tak dapat kesan modem?
2)usb head modem longgar?
3)usb head modem rosak@ tercabut?

jika ya, sila baca~

pertama sekali, bendealah kat atas ni, wajib ada.

senjata utama, soldering gun
1) cungkil bahagian tepi modem, tekniknya seperti dalam gambarajah.

2) pastikan tiada komponen elektronik yang terkena 'cungkil' kesan dari aktiviti mencungkil.

3) keluarkan papan litar secara perlahan-lahan.elakkan daripada menolak bahagian usb head.

4) kenal pasti kerosakan lain pada papan litar (rupa keadaan kerosakan hardware yang dihadapi)

5) pisahkan usb modem dari papan litar dengan cara membengkokkan keatas dan kebawah.

 kerosakan lazim pada modem. usb pin tidak bersentuhan@longgar pada papan litar

usb head yang telah dipisahkan dari papan litar.

6) bengkokkan usb pin ke bawah sedikit seperti di atas sekurang-kurangnya 20 darjah dari paksi mendatar.

7) panaskan soldering gun dan mula menyadurkan dan leburkan soldeing wire pada keempat-empat pin (bukan 'pin' dibahagian paling kiri dan kanan) yang telah dibengkokkan sebentar tadi sehingga sekelilingnya menjadi 'gemuk' sedikit.

8) masukkan kembali usb head ke papan litar secara perlahan-lahan
9) kepit pada bahagian tepi seperti diatas dengan berhati-hati sehingga pin usb head bersentuhan dengan litar.jangan sampai tersentuh komponen elektronik  diatas litar.
10) sadurkan soldering wire ke bahagian tepi pin dan dikiri dan kanan sekali sehingga usb head tidak dapt digerakkan
11) kemaskan secara keseluruhan papan litar modme dengan berhati-hati.
12) masukkan kembali papan litar modem ke dalam bekasnya secara berhati2.nanti ter'patah' kembali usb head tu, ulang semula tekniknya seperti diatas.haha.

13) sesi pengujian dilakukan. jangan main belasah je. buat dengan cermat ok~
14) pasangkan kembali penutup bekas modem dengan berhati2. rosak. tanggung sendiri.
prap! kebiasaanya, cara menutup kemabli modem usb, bahagian belakang adalah bahagian paling akhir untuk ditekan.


siap!! yeah!!! boleh berberuk band sekali lagi~~

bagaimana? mudah kan?~
kalau hantar ke tempat servis, caj minimum yang dikenakan adalah sebanyak RM 100 (kat tempat tinggal saya la). 
terpulang. elok buat sendiri. cuma ambil masa 15 minit je nak baik pulih.
15 minit = RM 100?wow!~ suka~



PERLUKAN BANTUAN?

KLIK DISINI.SAYA SEMBUNYIKANNYA

p/s 1: saya menyediakan khidmat baikpulih broadband tak kira apa jenis sekali pun(kerosakan harware sahaja) termasuk juga satellite broadband dengan harga paling murah. RM 10/item. (kecuali satellite broadband RM 50/item). tidak termasuk harga kos penghantaran via courier.waranti 6 bulan. jika rosak dalam tempoh waranti, saya akan re-check semula, jika gagal berfungsi, saya gantikan dengan item yang sama/sama nilainya.

p/s 2: tempahan dibuka ketika saya sedang bersantai(free) dimana-mana lokasi di malaysia kecuali ketika musim saya abroad.

cara berhubung? sila tinggalkan komen anda disini. saya berikan maklum balas secepat mungkin

26 comments

Post a Comment