Post

SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA




 straight to the point (kejar masa. kesan dari workholic)

1) Wanita bagaimanakah yang menjadi pilihan hati anda ?

jawapan saya : 

Beragama Islam dan mengamalkannya bukan sekadar pada ucapan.Menghormati semua manusia yang ada dimuka bumi ni tak kira seorang pelacur sekali pun lebihlebih lagi seorang muslim.  yang bersuara lemah lembut.. menerima kekurangan diri saya. sanggup menegur saya jika saya silap. Mudah menerima nasihat bila diberi dan tidak cepat 'muntah'. dan tidak mudah putus asa. gemar bertukar pendapat walaupun seorang yang pendiam.


2) Definasi keseksian seseorang wanita bagi anda .. 

jawapan saya : 

SEKSI? hm..menjaga aurat mereka sebaik-baik yang telah dinyatakan dalam al-Quran, khusus untuk bakal suami. suara? lemah lembut seperti bertaranum al-Quran.


3) Apakah maksud PENGORBANAN CINTA bagi anda ?

jawapan saya : 

maksud tersurat, mengorbankan cinta sesama manusia demi menyemarakkan lagi ikatan baitulmuslim yang dibina,   maksud tersirat, mengorbakan cinta sesama manusia sekadar melengkapkan fitrah manusia untuk-Nya. demi menjaga keredhaan-Nya. pengorbanan cinta yang hanya menurut kata hati keatas manusia semata-mata, tidak akan kukuh.


4)Perlukah pasangan anda berkorban apa saja demi membuktikan cintanya pada anda ? 

jawapan saya : 

hm..Tidak jika ia bukan untuk dijalan-Nya kerana itulah nafsu. dan YA jika ia adalah demi menjaga keredhaan-Nya kerana itulah iman


5) Jika keluarga pasangan anda tidak mahu menerima anda sebagai menantu mereka , apakah yang akan anda lakukan ? 

jawapan saya :

Berusaha untuk memenangi hati keluarga pasangan dan bukan hipokrit semata-mata. jika gagal juga, berusaha mencari pasangan yang lain. kalau dah ditentukan sampai mati pun tak jumpa, takpe. yang penting, perbuatan kita diredhai-Nya. insya'Allah


6) Berapa kalikah anda putus cinta ? Kenapa ? 

jawapan saya :

Saya tidak pernah bercinta. hanya pernah menyukai orang lain.  jadi tiada sebab wujud 'putus cinta'    =)


7) Pada pendapat anda , lelaki atau perempuankah yang mudah berlaku curang ? Secara umum ... kenapa 

jawapan saya :

hm..yang ni, saya cuma boleh kata..rambut sama hitam. hati lain-lain.dua-dua jantina sama je. kenapa? mudah. iman tak kuat. ikut akal semata-mata. dah tentu antara akal dan iman itu, adanya nafsu.dan apling penting, pada saya, perkataan curang kurang sesuai.jodoh tidak kekal lama/tiada jodoh.



8) Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?

jawapan saya :

tidak. melainkan jika emosi saya 'boleh' terganggu. banyak lagi hal yang saya perlu fikirkan berbanding rasa cemburu.

p/s: jika berminat nak sertai (kalau boleh) klik pada tajuk entri ini. sekian

8 comments

Tue Mar 15, 05:42:00 am GMT+8

semoga menemui cinta yg dibawah redha Ilahi..kan best kalo smua org dambakan itu dan berusaha utk mnjadi spt tu bukan skadar berharap ingin yg begini begini dan begini ttp diri sndiri belum berhijrah :(

maknanye bukan geng uncle la ni?haihh..hidupla dalam alam misteri..skrg br bole bukak page nih..saja je nihh tenet dengki kut xnak kasi sy bkk..hee

Tue Mar 15, 06:29:00 am GMT+8

@alexa yussida:

ameen..
betul. itulah cinta yang mendekatkan kita kepada-Nya..
saya pun sedang berusaha untuk menjadi sebaik2 ummah.
tapi kalau bab nak mencari pasangan tu, sedikit mustahil. banyak kekangan.
adoi.

hoho..er..geng uncle juga~
tapi mana boleh bagitau siapa~
mereka itu geng kepochi.
bahaya.
hoho.kalau dah bercerita, alamatnya riuh la jadinya =p

haa~
masalah internet~
pegi ping. ikut cara yang saya buatkan dalam tutorial

=)

Tue Mar 15, 07:37:00 am GMT+8

jangan risau MF...kekangan kerja dan masalah2 lain sentiasa ada...ingat satu je,kalau kita ada niat baik ikhlas kerana Allah,pasti jalannya Allah permudahkan...sama je lah dengan niat awk nak kwin kerana Allah,mesti sampainya ke rumah bakal bapak mertua...apa2 pun,istikharah la kerana itu lebih baik memohon petunjuk dari Allah...

terima kasih singgah...;)

Tue Mar 15, 10:02:00 am GMT+8

wahhh. kemain fazli ! goodjob. semoga bertemu jodoh seperti yang diingini. goodluck !

Tue Mar 15, 03:53:00 pm GMT+8

entry yg sgt bagus...
...:)

sy ni newbiee lagi...
datnhg dari blog abg ben..
jom bce info mnarik tentang petua orang2 tua untuk jga kecntikan tubuh badan...laki n pmpn..:)x

Tue Mar 15, 04:21:00 pm GMT+8

@~CiK TiNieY~:

wah! terharu!
moga2 usaha kita semua dipermudahkan-Nya..

=)

dah buat solat istikharah. orang yang saya suka bakal melarikan diri bila dah kawen? oh.awal-awal dah lari pun. jadi tak perlu risau.hahaha~
cari jangan tak cari~
tak tau nak cari kat mana. nak tegur kawan, memang segan sangat2

=_="

oh takpe. kerja dulu. nanti2 la fikir.

;)

Tue Mar 15, 04:22:00 pm GMT+8

@muniraksasa (; :

aik munira~
haha

=p

ameen..moga dipermudahkan-Nya

=)

Tue Mar 15, 04:23:00 pm GMT+8

@pRiNCe :

terima kasih

=)

newbie? selamat darang~
oo..entri baru~
jap ya~
er..kecantikan tubuh?
kalau lelaki, apa yang perlu cantik?

@_@"

Post a Comment