السلام عليكم
peace be upon you
"Batu karang makan apa?"
"Bila batu karang makan?"
"macam mana batu karang makan?"
bentuk soalan macam ni mesti yang lazim bermain kat minda kamu.kan? batu karang ni unik. setiap spesis, ada keistimewaan yang tersendiri utk menangkap mangsanya. ada yang tangkap menggunakan tentakel, dan ada yang mendapat makanan dari proses fotosintesis dsb.tapi di mana makanan itu masuk,tetap sama, perlukan mulut; atau bahasa inggerisnya dinamakan sebagai 'polyp'.
cara bagi makan batu karang atau coral dalam akuarium yang tertutup (close environment) bukan seperti di lautan. bagi seorang aquarist atau reefer, setiap spesis yang ingin dimiliki, perlu diketahui spesis apakah ia dan makanan apa yg ia makan.
oleh kerana saya dah lama tak post entri disini, maka saya mulakan sedikit pengenalan. disini saya nak terangkan tentang cara target feeding. cara ni nak kata mudah, tak juga. sebab perlukan kesabaran. hehe.
target feeding ni, maksudnya memberi makan kepada coral secara terus ke polyp. secara normal, macam yang saya biasa lakukan, saya akan beri makan coral dengan sotong misalnya. sotong ni perlu dilembutkan jika dikeluarkan dari peti ais. mudah je. potong kecik2 dan letakkan berdekatan atau pada mulutnya.
ah, dah nak maghrib. ok. seperkara lagi. target feeding ni, sebaiknya beri makan dengan makanan nama cyclop-eeze. memang terbaikkk ;)
ni contoh cara nak beri makan. hehe
boleh zoom (klik pada image) untuk nampak lebih jelas. insyaAllah ;)
selamat menunaikan solat fardhu maghrib :)
No comments:
Post a Comment
jika rajin, tinggalkan link enrti/ blog kamu disini~
saya datang ziarah =)
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan/komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.