31.5.13

Kembali Membuka Pintu Hati..

 السلام عليكم
 peace be upon you



Pelik. ya. tak semena-mena sebuah buku, mampu membuka satu hati. lantas menarik minat si pembaca untuk terus menyelami isinya..

ok..sebuah buku.novel.

Rakus benar matanya si gadis muda.berpakaian separa aurat terdedah. ketat. Sambil memperlihatkan ketaksubannya dengan sebuah novel sehinggakan terlepas train pun tak sedar. lahai.

....

Melihat pula kearah seorang makcik yang pergerakannya kelihatan uzur. Muslimah. berjubah lagi berniqab. Diam kukuh menatap sesuatu di tangan. Matanya kelihatan terkebil-kebil seolah-olah cuba menuturkan isinya dengan gerakan matanya sendiri! tajam.

Masya Allah..sebuah kitab..al-Quran!

hm..
sayang sejuta kali sayang..orang muda, mempunyai kulit yang anjal.gebu. tapi auratnya turut di anjal-kan dengan pakaian. Dibandingkan dengan yang tua. kedut matanya pun dah jelas kelihatan. inikan pula auratnya. Dilonggarkan pakaian itu.. Memudahkan pergerakan otot badan mereka yang sememangnya tidak sekuat ketika muda..
Renungkanlah.. apakah kita mahu mati ketika muda tetapi kubur menjadi 'ketat' atau berasa gembira dimatikan ketika tua dan kubur 'dilonggarkan' ? tapi..ajal tak mengira umur..
semuanya kerana aurat.. 
kembalilah membuka pintu hati kepada yang Satu..
ketatkan lah pintu keburukan dan longgarkanlah pintu kebaikan..
Neraka itu masuknya mudah. tapi tak semestinya nak masuk syurga itu mudah. tak berusaha, manakan dapat hasilnya kelak..
berusahalah.. 
Kun Fayakun..

No comments:

Post a Comment

jika rajin, tinggalkan link enrti/ blog kamu disini~
saya datang ziarah =)


AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan/komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.