30.4.13

Doa Mengubat Luka Dengan Air Ludah

 السلام عليكم
 peace be upon you




"Ikut rasa, badan binasa."


Bunyi pepatah melayu yang sinonim dalam dunia motivasi.
Yang saya kira boleh dikaitkan dengan nafsu.

iyalah..


anak-anak muda bila dah berseronok, memang ada kalanya tak tengok siapa dikiri, dan siapa dikanan. Main bedal je. Hormon zaman muda lah katakan..


Bila dah tersadung dek kekhilafan diri, baru nak sedar. Tapi sedar yang terbalik. Di salahkan pula zat dunia yang menyebabkan dia 'tersadung'.


Tidak perasan mungkin yang lidah itu tidak punya kuasa melainkan digerakkan oleh aspek dalaman tuan punya lidah. Hati tu yang menguasai tingkah laku individu..


Tak rugi mana pun bila dah terjatuh lalu luka pada anggota badan, terkesan di hati. Memang Allah jadikan setiap sesuatu itu ada gunanya. walaupun kita tak sedar kita ada juga bazirkan air liur untuk mengumpat, fitnah dsb..


aktiviti ghibah la katakan..


Manfaatkan doa ini apabila terluka fizikal. Tak kira sebesar mana, seteruk mana. Allah yang Maha Menyembuhkan. kita sebagai hamba-Nya, hanya perlu.. berusaha.. ok?
  

" Dengan nama Allah, tanah bumi kami ini, dengan air ludah sebahagian dari kami, dapat menyembuhkan orang yang sakit antara kami, dengan izin Tuhan kami."

(HR Bukhari, No. 5745)   

No comments:

Post a Comment

jika rajin, tinggalkan link enrti/ blog kamu disini~
saya datang ziarah =)


AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan/komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.