السلام عليكم
peace be upon you
hala tuju pakcik pada malam ni? reefscaping~ |
Setiap dari kita, punya gaya hidup masing-masing. Ringkasnya, hala tuju. Seperti seorang pelajar. Hala tuju perbuatannya sekadar pergi ke kelas & kuliah, membuat tugasan yg diberi lalu membuat persiapan untuk peperiksaan.
seperti mudah bunyinya? sebilangannya pula, bergelut dengan nyawa.. |
ah..
Bagi seorang pekerja pun sama. Menuju ke tempat kerja, melakukan tugasan yg diberi lalu menunggu upah kerja yag dijanjikan.. bezanya, situasi..
ini.. silap. hari jumaat. hari ni ahad -_- |
Pada pakcik, semua ni berada dalam satu konteks yang sama. yakni amalan. kita melakukan sesuatu itu secara berulang-ulang.. sedar atau tidak apa yang dilakukan, bergantung kepada keimanan & ketaqwaan seseorang. seperti ketika bersolat. apakah solat itu sekadar memenuhi amalan seorang muslim,
dan pada dasarnya bukan kerana Allah?
Wallahua'lam.. reefscaping melatih rasa kusyuk :D |
Cuma.. apakah kita punya peluang utk melakukan kitaran perkara & amalan yg sama pada tarikh yg sama pada tahun-tahun yg mendatang? wallahua'lam..
Apakah kita juga kekal berdiri yakin & teguh dengan janji-Nya? |
Usah terlalu berfikir.. pakcik cuma nak kata, ciri-ciri hari dalam sejarah ni, adalah amalan hidup. itu je sebenarnya..
0_o
" hiduplah kamu selama mana yg kamu mampu. lakukanlah apa saja amalan yg kamu suka. kerana disebaliknya KAMU TETAP AKAN MATI; DAN SETIAP AMALAN KESUKAAN KAMU ITU PASTI DIBALAS. "
Selamat menunaikan solat fardhu isyak bagi yang sama waktu dengannya :D
#EntriKosong
No comments:
Post a Comment
jika rajin, tinggalkan link enrti/ blog kamu disini~
saya datang ziarah =)
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan/komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.