24.2.12

Bukti Penyakit AIDS Wujud Sejak Zaman Nabi Adam

 السلام عليكم
 peace be upon you



Siapa takut bila sebut pasal penyakit AIDS?
Ada ke yang tak takut? 
Tapi tak perlu takut sebenarnya~


AIDS ada penawar nya. Dalam al-Quran, hadith dan sunnah pun ada cara nak mengubatinya. Tapi, sekadar mengubatinya, tak mencukupi. Kamu perlu mencegahnya.. Kerana, Dia yang tentukan ;)

sebab.. AIDS itu..


A - ANGKUH


I  - Iri hati


D - Dengki


S - Sombong 


Bercerita mengenai penyakit AIDS ni, asalnya mula-mula dikenal pasti (menurut apa yang pakcik faham) ketika peristiwa dimana kesemua makhluk-Nya diperintahkan oleh-Nya untuk tunduk (beri hormat) kepada Nabi Adam. Rujuk..



Firman Allah SWT yang bermaksud :

" Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat : " Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. " Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan iblis ; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia golongan yang kafir."

(Surah al-Baqarah : 34)



Nampak? dah faham? Alhamdulillah.. 
Ubat yang paling mujarab, taubat. Tapi tengok la sakit AIDS macam mana. kalau dah melibatkan syirik, dosa sesama manusia, dsb; memerlukan taubat yang lebih tinggi (takkan mengulanginya lagi).


Cara mengubatinya mudah. tapi nak tunaikan(atau kekalkan), memang payah.. sebab manusia memang takkan terlepas dari dosa.


Ni lah juga penyakit yang antaranya menyebabkan kaum yahudi memerangi umat Islam. Golongan munafik yang semakin berleluasa, kewujudan para penyembah syaitan, gejala sosial yang tidak berkesudahan, negara-negara Islam dikuasia oleh politik tidak berasaskan Islam; seperti mana yang kita lihat dalam lipatan sejarah pada hari ini..


Nauzubillah.. Wallahua'lam.



Alhamdulillah.. Semuanya dari Dia...
Tiada apa yang dapat menghalang-Nya. semuanya telah tertulis. Terpulang kepada diri kita. Tanya diri.. Di mana kita sekarang..Apa yang akan kita lakukan selepas ini..

HM...

.

4 comments:

  1. setuju.. sakit ni memang tak akan pupus..

    ReplyDelete
  2. slm pakcik..mkcik rs kdg2 kena gak sakit ni..hehe..tp iri hati kpd kejayaan org je..haha..xdelah smpai nk wat jht..

    ReplyDelete
  3. btl tu.skrg ni byk penyakit AIDS..Yang takut nye bila dah dengki dgn org lain..

    ReplyDelete

jika rajin, tinggalkan link enrti/ blog kamu disini~
saya datang ziarah =)


AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan/komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.