Post

Biar Derita Meninggalkan Bahagia Yang pasti [Travelog Jihad Terakhir Siri 16]

 السلام عليكم
 peace be upon you


 


6.31 am :

alhamdulillah.. Nampaknya saat ini juga belum tiba saatnya izrail datang membuat lawatannya yang terakhir buat diriku. ku melihat sekeliling. tiada kelibat yang asing.kecuali rakan serumahku yang rajin memastikan akuariumnya berjaga rapi.



aku : tak bosan ke setiap 5 minit nak tengok keadaan dalam akuarium?


dia : tak. aku bahagia macam ni.adakah kamu bosan duduk disitu sambil memerhtikan aku setiap 5 minit?


aku : tak. aku sama seperti kamu. bahagia melihat kamu bahagia seperti itu.walaupun aku sekadar duduk memerhati.


dia : alhamdulillah.baguslah.kamu kat situ pun,dah macam duduk menunggu jawapn dari Dia akan siapa yang akan duduk disebelahmu ketika disana kelak.



...lidah ku bisu,otakku kekejang. Hati ku berbisik. " Ya Allah! Sesungguhnya Engkau tahu benar apa yang berada di gejolak hatiku.." waima ia tidak kusedari secara zahirnya.. dan..


alhamdulillah.. Engkau telah isikan ku dengan harapan yang ingin ku gapai..  meninggalkan derita yang sebenarnya tidak dirasai.. diwujudkan oleh tipu daya syaitan demi mengaburi iman ku...



Firman Allah SWT yang bermaksud :


" ...Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya. "

(Surah At-Thalaq :3)



**********


Berfikir sejenak..
Mencari erti bahagia dalam tawakkal, bukan bererti mencari pasangan yang sempurna; jauh sekali yang hidupnya demi mencari dunia nyata walau selalu selalu berbuat yang sia-sia.
sebaliknya, mencari siapa yang ingin dipimpin..


biarlah yang memimpin itu lebih tahu dari yang dipimpin agar yang memimpin itu tidak tertipu oleh kelemahan yang dipimpin olehnya.



Firman Allah SWT yang bermaksud :


" Tidak ada kebaikan dalam kebanyakkan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari yang menyuruh (manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manausia. Barang siapa melakukan hal itu kerana mengharapkan keredhaan Allah, nescara kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar. "

(Surah an-Nisa : 114)


7. 12 am :


Ya.. Dia berikan ku dia yang berhuruf A kembali. Huruf pertama yang kutemui sebelum huruf S. yang juga huruf pertama dalam susunan abjad; jauh dihadapan berbanding huruf S yang berada di hujung abjad. tidak persoalkan apa yang berlaku.sebalinya apa yang mahu diberi dan diambil. apa yang dituruti itu sekadar emosi diri atau kehendak-Nya.Moga redha-Mu bersama kami ya Allah. teguhkan iman dan ukhwah kami setelah Engkau pisahkan kami sekian lamanya..


Syukur kepada-Mu ya Allah..
melalui kamu.. A


^__^


aku bahagia seperti ini. Seperti mu yang masih mencari jalan pulang menemui-Nya. moga kamu juga seperti dia. dipertemukan jodoh yang bersesuaian. Walaupun kelak mungkin kamu derita kerana tersilap membuat pilihan hati sekali lagi, ketahuilah.. mungkin tu penggantara buat bahagia mu untuk disana  ;)


Biarlah derita yang tidak wujud itu meninggalkan bahagia ku di dunia Mu, demi bahagia ku buat dunia Mu yang seterusnya.. insya'Allah.. ameen..




smile Always. Allah always right ;)


7.29 am

-off-
.

4 comments

Tue Apr 17, 01:05:00 pm GMT+8

-checked-

Anonymous
Wed Apr 18, 06:12:00 pm GMT+8

siapakah gerangan s tu...

Thu Apr 19, 01:14:00 am GMT+8

a'ah lah pakcik.. siapakah gerangAn S tu??hihi

Thu Jul 19, 10:44:00 am GMT+8

ehemm..!

nanti khabarkan pada kami berita gembira...

Post a Comment